Saturday, October 1, 2011

Hello October : D


~Salam Semua~

fuuuuuhhhhhhhhhhh~

Habuk, asap, sampah, sesawang segala pak cik nenek dah bersepah kat sini. Dah nak masuk 2 bulan tinggal blog ni taw. Seyes aku biarkan blog ni tersadai macam tue, bukan setakat tinggal tapi memang lansung tak bukak. Nak g usha blog kowang-kowang semua pun tak sempat.

wuwuwuwu : (

Pada sesape yang usha blog aku ni walaupun tak berupdate, arigatos aku ucapkan!

Errrrr, tetiba tak taw macam mana nak bercerita. Aku buat summary je la ek tentang hidup aku sekarang. ok? :D

But first things first, aku rasa sangat seronok sebab bulan ni bulan October! Bila datang October mesti aku excited! :P




HiDuP

Sumpah busy gila dork! Hidup keje, keje dan keje! Nak merayap tue jarang sesangat. Balik keje dah malam, penat! Nak bukak lappy pun tak de kudrat. Kalau buka, online fb kejap pastu tertido depan lappy macam tue je. So kepada kekawan yang tegur kat chat tue lau aku tak balas, mintak maap banyak2 sebab fb tue je online puan dia dah tido nyenyak sebenarnya. :(
Hari sabtu pun keje. Ahad keje gak. Keje tido sampai ke petang! =.=

Sejak keje ni, dah rasa lain macam. Rasa lebih bertanggungjawab dan berdikari. Mana boleh suka-suka hati nak ponteng macam ponteng kelas. Demam teruk pun still datang keje sebab rasa bertanggungjawab. : )

Selain tue, dah tak payah susahkan mama dengan ayah. Kalau dulu habiskan duit mereka, sekarang mama dan ayah dah senang sikit sebab anak dia dah pandai cari duit sendiri. Terasa sangat nikmat dia bila tiap-tiap bulan boleh bagi hasil titik peluh kita walaupun sikit. ^.^

Yang sedikit malangnya, badan selalu sakit-sakit. Terutamanya kepala, migrain je memanjang. Kekadang tue, badan rasa sangat lemah sampai nak berdiri lelama rasa nak pitam!
@.@


KerJa

So far ok la walaupun kadang-kadang rasa keje tue macam buat larian 1000km/j sebab kena kejar target! wakakakaka :P
Yang penting nikmat bila dah lepas target sangatsangat syyooookkk!

Kawan-kawan kat tempat keje semua 1 kepala. Bila senang sama-sama, bila susah lagi la nak bersama-sama. Sumpah aku sangat selesa kawan dengan diaowang semua!

Thanks;

Iuolls

Amy, Kaedah, Pian, Hadi, Kak Eda, Kak Ema, Naila, Zaty, Malcom and Syawal
(ni semua budak2 yang 1 batch dengan aku, kalau nak sebut semua kawan kat tempat keje memang ramai gila dork la)


PerSoNaL

Cinta?

So complicated!

Aku pun tak taw apa status aku sekarang. Dah nak masuk setahun tak jumpa pastu ribut petir segala bagai yang menghalang kami. :'(

Doa. Istikarah. Semua dah.
Sekarang? Biar takdir yang tentukan. Aku pasrah!

Ok. fullstop!

InsyaAllah kalau ada masa aku update lagi.
Walaupun terlambat aku still nak ucap;
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. :S



p/s: i wish miracle happen on my birthday!



Sunday, June 26, 2011

rumahku syurgaku! balik kelantan untuk makan.

~Salam Semua~

Alhamdulillah
Selamat sampai ke kampung dengan hormatnya.

Seminggu kat umah nie, aku nak bolot makan sehabis-habisnya,
sebab nanti dah nak start keje. Pastu puasa, tentu susah nak buka puasa kat kampung
so kena lah
balun habis-habis sekarang.
:')

Antara check listnya


banyak tak?
kowang semua faham ka?

lau tak faham sila la g beli kamus kelate :P
tue pun kalau ada. ahahahaha

tak faham jugak, sila la tanya.
formspring kan ada! :D


nota si kecik:

mengidam gak nak makan makanan
kat KEDAH.
heeee~

Sunday, June 5, 2011

mencari rumah sewa area Kerinchi/Bangsar/Pantai Dalam atau searea dengannya


~Salam Semua~

Sekarang ni dah berbalik pada kenangan lama,
mencari rumah sewa cuma bezanya dulu aku just cari bilik sewa.
Aku ada tengok kat Mudah, banyak je rumah sewa yang memenuhi kafeteria yang aku nak cuma tempat tue tak sesuai dengan apa yang kami nak.

If kowang ada jumpa, tertengok atau sebelah umah kowang tue ada kosong sila la bagitaw aku ek!

Tempat: Kerinchi/Bangsar/Pantai Dalam/Vista Angkasa
Rate: RM600 ke bawah
Bilik: 3 bilik since aku dgn 2 owang g kawan aku.

tue je! :)


cantek gila umah Rihana dalam klip video California King Bed nie.

"berangan jap kalau dapat rumah macam nie"
ehehehehe :P

nota si kecik:

bila nak cari rumah kawen plak ek?
ehehehe!

Wednesday, June 1, 2011

interview tadi; i'm the only one.

Perrggh,memang best la interview tadi! Tak da rasa cuak sangat. Smoothy tuti je! :D. Walaupun lama tunggu,bangun pepagi tapi berbaloi. Lagipun, yang bestnya aku sowang je yang datang pagi tadi. Adakah tue rezeki aku?kita sama-sama tunggu jawapannya nanti. Sebab pukul 2 jap g,ada second interview utk owang yang tak dapat datang pagi tadi. Entah bape owang calon lagi aku tak taw la tapi satu bonus bagi aku datang pagi tadi. Amin ^.^
Published with Blogger-droid v1.6.9

Tuesday, May 31, 2011

pergi interview dapat whopper jr sebijik dan pengalaman pertama interview kerja.


~Salam Semua~

Eeerrrkk. Alhamdulillah, sendawa kenyang bawu je lepas makan Whopper Jr Burger King sat set tadi. Memang sedap dan terbaek ah! aku rasa ni second time aku makan Burger King dalam sejarah kamus hidup aku. gila kuno kan? before ni aku budger Burger King tue mahal padahal lebih kurang je dengan Subway, burger fresh no 1 dalam mulut aku :P




Actually, tadi aku pergi interview untuk jawatan Customer Service Executive under TM bahagian Streamyx. Oleh sebab interview tue start pukul 12:30 pm dan aku ni hanya mampu naek public transport so kena la gerak awal takut jem la plak. Waktu tue kan owang dah start rehat.

Aku gerak dari rumah (sentul), pukul 10 lagi auw! bawak awal =.=
Naek star turun Masjid Jamek, naek putra turun Taman Bahagia, then naek teksi ke tempat interview. Tengok-tengok sampai dalam pukul 11 macam tue. bapak ah awal kan? ada sejam setengah g kot.

Memula, ke hulu ke hilir gak macam merempat pun ada sampai duduk tepi tangga g. Last-last naseb baek ada surau dalam bangunan tue. Melepek kat surau kejap sambil prepare nak cakap apa masa interview nanti.

Pukul 12 aku masuk bilik interview. Tengok dah ramai dah owang, rasa macam aku plak yang datang lambat. Padahal dowang tue datang naek transport sendiri. huhuhu =.="

Lepas tue kena buat test and isi form semua. Benda tue kejap je tapi nak tunggu dowang panggil untuk interview mak aih dari pukul 1:30 hingga pukul 4:10, macam tue bawu start. meroyan jugak la. :(

Yang tak bestnya, kemain lama tunggu..last-last terus dapat result dapat tak job tue and malangnya tak ada rezeki aku! :'(
Tapi Alhamdulillah, aku dapat g interview esok under Tm jugak tapi bahagian lain la. Hopefully dapat! Amin.

Habis cite pasal interview. Sekarang nak cite time balik dari interview plak. Aku tunggu teksi, bus punya la lama. Hampir 2 jam kot berdiri macam tiang letrik. Pergi tanya dekat stesen minyak Shell, rupa-rupanya tempat tunggu bus tue kat belakang Butik Munawarah. Tempat aku tunggu tue Bahagian depan dia. Rasa macam tawaf jalan je tadi. *.*

Sampai tempat tunggu bus, aku pun tengok la dia punya direction betul ka tak nak pergi KL Central. Oh yea kenapa aku tak balik naek teksi macam aku datang pagi tadi adalah kerana aku habis interview dalam pukul 5:45 pm so kalau aku tunggu bus, sah-sah jalan jem owang nak balik keje dan semestinya tambang dia masyuk! Tadi pagi pun dah kena RM7.10, hish 10sen tue patutnya bagi diskaun je. :P

Masa tengok direction tue, tetiba da sekor anjing color coklat datang nak gigit and jelir lidah kat aku. Memamg mengigil la badan aku. Siap kuar air mata g, takut sangat. Tue pun naseb baek ada abg yang tunggu bus sekali dgn aku, halau anjing tue. Kalau tak memang kena samak 1 badan la malam ni. huh, kalau kena samak je ok g takut hilang sebelah tangan, hilang sebelah kaki...sape nak kawen dgn aku? si dia tue nak ka? =.=||

Tunggu punya tunggu pukul 7:30pm bawu naek bus g KL central. Masa duk tunggu bus tue, ada sowang pak cik buta duk sebelah aku. Kesiannya dia, susah-susah naek bus. Masa naek bus tue, abg yang tolong aku halau anjing tolong pak cik tue naek. Masa turun kat KL Central aku plak tolong pimpin pak cik tue turun. : )

Perut dah berdingdang rock kapak, mana taknya dari pagi aku just minum Dutch Lady Coklat sekotak dgn roti bun ikan bilis je. So, nampak Burger King teros order Whopper Jr 1!
Sebenarnya, Whopper tue adalah tajaan sendiri, bukannya TM yang bagi. Takkan la pergi interview dapat makanan percuma Burger King bagai. Gila melampau tue. :D

Then, singgah surau solat Maghrib jap. Aku just letak tepi aku je whopper tue! Masa aku nak berdoa, budak kecik sebelah aku duk main aku nyer whopper. Abang dia amek, nanges meraung-raung dia. Kesian aku tengok so aku bagi cekelat mentos, terus diam! :')
Mak budak tue siap solat tak henti-henti cakap terima kasih kat aku. Segan plak aku, padahal benda kecik je. Lagipun aku bukan ada anak sedara atau anak kandung nak bagi cekelat kan? hahahahahaha ^.*

Sampai umah terus mandi and solat Isyak pastu blogging. Esok ada interview g kan? so harusla titow awal. Esok interview pukul 9:30 pagi kot!
babai. sayora dan Assalamualaikum.

p/s: terasa sangat penat kena survive sowang lalui semua ni.

nota si kecik:

si dia busy sampai lupa wish gudluck before interview
and sampai skg pun diam je! :'(