Saturday, February 19, 2011

kad touch and go hilang! cimb problem!

~Salam Semua~

Pernah tak kowang saya sudah jatuh di timpa tangga pastu berguling-guling kena langgar plak dgn bangla siap kena siram dgn air sirap?
apa yang aku rasa sekarang lebih teruk dari tue. hukhukhukhuk :'(
time nak balik keje tadi, kemas-kemas beg tengok kad touch and go aku tarak. aku letak dalam poket suar depan, check tarak. dalam handbag and purse pun tarak! :( sah tercicir kat mana-mana time nak kuarkan handfon. nak cari balik? sah-sah owang dah amek! lagipun hari ni aku jalan merata dah.

Aku baru je toup kad tue 2 hari lepas rm30! dalam tue ada RM30+ lagi. memang best r sape terkutip kad aku tue. huhuhu : (
aku dah bajet siap-siap la, rm30 tue boleh tahan dekat 2 minggu wei naik lrt. sekarang dah la pokai, baru lepas beli handfon kan! bajet ingat leh tunggu sampai elaun masuk bulan depan tapi memag tak dapat r. terpaksa la pakai kad cucuk keluar plak nek lrt! =.=

Lepas tue terpaksa la aku cucuk duit nak beli tiker cucuk keluar yang rm20 tue. g mesin atm cimb kat tempat keje aku, tengok-tengok tak boleh withdraw duit. mangkok nyer atm. dah la duit ada rm6 je dalam poket.

sampai kat umah nak cucuk kat maybank, lagi sekali hampeh! sah hari ni cimb sistem dia down! hancus berderai berdarah hati aku. dah la perut lapar ni. duit ada plak 5 hinget! : ( redha and pasrah je la utk esok, aku beli jugak nasi goreng kampung kat kedai mamak bawah umah aku. so tinggal lagi sehinget! :'(

balik umah, check purse. duit aku ada rm1.40 je wei! macam mana nak naik train g keje esok? tambang pun tak lepas! : (
tawakal la jawabnya! harap esok kat maybank tue leh kuar duit utk cimb.

seyes rasa nak pitam pun ada gak ni. serabut plak rasa. hati pun sakit!
T_T

p/: aku mintak maap aku menyusahkan kan?leave me alone! single?

nota si kecik:

nak balik kampung!

Sunday, February 13, 2011

stok makanan dar Kelantan; 2*Gula-gula celagi

~Salam Semua~

Bertemu kembali dalam sesi pemakanan bersama cik soyabean! ehehehe :D Malam ni kita akan masuk episode kedua di mana episode pertama berjalan dgn lancar iaitu dodol segitiga.

Kali ini aku akan memperkenalkan asam yang tak masam. huiisshh, lain macam bunyinya kan? janji makan ni sure kowang yang masam tue akan jadi manis. aku rasa masih ramai yang tak taw makanan ni, especially orang bandar. : )


Asam ni diperbuat dari buah celagi. tak taw buah celagi tue pe? meh sini nak tunjuk. ni la dia buah celagi.
Align Left

then buah ni dibuang kulit. pastu digaul dgn gula. cara aku cakap mcm aku taw kan cara asam celagi ni dibuat? kuikuikui. nak taw g tanya tukang buat. :P

nota si kecik:
rindu makanan kat kg

Sunday, February 6, 2011

Stok makanan dari Kelantan; 1*Dodol Segitiga

~Salam Semua~

Selamat tengah hari ek. hari bermalas-malasan untuk aku sebab esok dah kena masuk keje. =.= yang pasti kowang pun sama kan? yang pulang ke kampung dah bersesak-sesak di jalan raya sekarang mau pulang ke bandar. tapi ada jugak yang tak boleh balik kampung! ada ka? mesti ada punya! so kepada kowang yang kampungnya di kelate tapi tak dapat balik, jom layan blog aku. kali ni aku nak buat entry satu persatu tentang makanan yang WAJIB aku bawak balik dari kampung! dari time duk asrama sampailah kerja sekarang, mesti tak miss!

First aku nak memperkenalkan Dodol Segitiga Kelantan. Dodol ni susah nak dapat, tambah-tambah lau musim perayaan mesti habis. ni pun aku dapat bawak balik 1 bungkus je!
: (



Aku tak sure sangat owang kelantan panggil dodol ni dodol apa, betul ka segitiga? aku panggil segitiga sebab dianyer bentuk macam piramid kan? lau dodol yang besar-besar, petak tue aku tak suka. jemu nak makan aih banyak-banyak. ni kecik senang, sekali masuk dah habis. jadi leh tambah, 1 lagi, 1 lagi! :D

Dalam 1 bungkus ni plak ada 3 perisa! tue yang syok tue. kalau beli yang besar, dapat 1 perisa je.
3 perisa tue termasuk perisa pandan, asli gula melaka kot, yang 1 g color kuning aku tak sure perisa pe. sorry! ehehehe : P

Ada juga yang menjadikan dodol segitiga ni sebagai ole-ole untuk majlis perkahwinan. Kalau nak dikira la kan, better bagi dodol ni dari bagi gula-gula. gula-gula tue bukannya elok, lagipun dapat juga anak-anak kecil kita ni taw makanan tradisional supaya tak ketinggalan dek zaman yang millineum neh. betul tak? : )

apa-apa pun jom layan dodol segitiga jom! faveret aku perisa pandan. memang terbaaaaaaaaaaaaaaeeeekkk aah!

p/S: warisan nenek moyang harus dijaga dan dibela! yeaaahhh

nota si kecik:

rasa nak g tengok
piramid kat mesir la plak. ahahaha

Saturday, February 5, 2011

buka mata kat kampung, kelip mata dah da kat KL.

~Salam Semua~

Kejam betul cuti raya cina tahun ni. dah la nak dapatkan cuti punya susah, tut, tut dapat ada kat kampung 1 hari je! Kat rumah sewa, 2 owang housemate aku pun belum balik lagi padahal dowang yang cuti lebih awal. aku yang paling last balik jadi yang 1st ada kat umah! haih! nasib badan la.

Serius tak puas g balik kelate! banyak benda yang aku nak makan tak dapat. Antaranya etok, petai yang fresh, nasi kerabu air tangan mama, Satay Mak Long, Nasi Beriani Sherina dan juga coconut shake! :'(

Walaupun da kat kampung 1 hari je, at least aku dapat gak menghadirkan diri Gathering Keluarga Mak Long Satay semalam. 6 bijik meja yang ditempah kat Restoran New Horizon, Kota Bharu tak berapa nak cukup untuk menampung keluarga kami yang besar ni.

" ni pic semasa cousin aku kawen 4 taun lepas kot. kalau nak diikutkan ramai lagi, kira dalam pic ni baru suku dari family sebelah mama aku. pic gathering taun ni, nanti aku upload ek"

Best gila bila kumpul ramai-ramai macam ni. Kecoh je biarpun tue bukan kedai makan pak sedara aku! kahkahkahkah. :D

nota si kecik:

rumahku syurgaku.
i love my family!