Tuesday, May 31, 2011

pergi interview dapat whopper jr sebijik dan pengalaman pertama interview kerja.


~Salam Semua~

Eeerrrkk. Alhamdulillah, sendawa kenyang bawu je lepas makan Whopper Jr Burger King sat set tadi. Memang sedap dan terbaek ah! aku rasa ni second time aku makan Burger King dalam sejarah kamus hidup aku. gila kuno kan? before ni aku budger Burger King tue mahal padahal lebih kurang je dengan Subway, burger fresh no 1 dalam mulut aku :P




Actually, tadi aku pergi interview untuk jawatan Customer Service Executive under TM bahagian Streamyx. Oleh sebab interview tue start pukul 12:30 pm dan aku ni hanya mampu naek public transport so kena la gerak awal takut jem la plak. Waktu tue kan owang dah start rehat.

Aku gerak dari rumah (sentul), pukul 10 lagi auw! bawak awal =.=
Naek star turun Masjid Jamek, naek putra turun Taman Bahagia, then naek teksi ke tempat interview. Tengok-tengok sampai dalam pukul 11 macam tue. bapak ah awal kan? ada sejam setengah g kot.

Memula, ke hulu ke hilir gak macam merempat pun ada sampai duduk tepi tangga g. Last-last naseb baek ada surau dalam bangunan tue. Melepek kat surau kejap sambil prepare nak cakap apa masa interview nanti.

Pukul 12 aku masuk bilik interview. Tengok dah ramai dah owang, rasa macam aku plak yang datang lambat. Padahal dowang tue datang naek transport sendiri. huhuhu =.="

Lepas tue kena buat test and isi form semua. Benda tue kejap je tapi nak tunggu dowang panggil untuk interview mak aih dari pukul 1:30 hingga pukul 4:10, macam tue bawu start. meroyan jugak la. :(

Yang tak bestnya, kemain lama tunggu..last-last terus dapat result dapat tak job tue and malangnya tak ada rezeki aku! :'(
Tapi Alhamdulillah, aku dapat g interview esok under Tm jugak tapi bahagian lain la. Hopefully dapat! Amin.

Habis cite pasal interview. Sekarang nak cite time balik dari interview plak. Aku tunggu teksi, bus punya la lama. Hampir 2 jam kot berdiri macam tiang letrik. Pergi tanya dekat stesen minyak Shell, rupa-rupanya tempat tunggu bus tue kat belakang Butik Munawarah. Tempat aku tunggu tue Bahagian depan dia. Rasa macam tawaf jalan je tadi. *.*

Sampai tempat tunggu bus, aku pun tengok la dia punya direction betul ka tak nak pergi KL Central. Oh yea kenapa aku tak balik naek teksi macam aku datang pagi tadi adalah kerana aku habis interview dalam pukul 5:45 pm so kalau aku tunggu bus, sah-sah jalan jem owang nak balik keje dan semestinya tambang dia masyuk! Tadi pagi pun dah kena RM7.10, hish 10sen tue patutnya bagi diskaun je. :P

Masa tengok direction tue, tetiba da sekor anjing color coklat datang nak gigit and jelir lidah kat aku. Memamg mengigil la badan aku. Siap kuar air mata g, takut sangat. Tue pun naseb baek ada abg yang tunggu bus sekali dgn aku, halau anjing tue. Kalau tak memang kena samak 1 badan la malam ni. huh, kalau kena samak je ok g takut hilang sebelah tangan, hilang sebelah kaki...sape nak kawen dgn aku? si dia tue nak ka? =.=||

Tunggu punya tunggu pukul 7:30pm bawu naek bus g KL central. Masa duk tunggu bus tue, ada sowang pak cik buta duk sebelah aku. Kesiannya dia, susah-susah naek bus. Masa naek bus tue, abg yang tolong aku halau anjing tolong pak cik tue naek. Masa turun kat KL Central aku plak tolong pimpin pak cik tue turun. : )

Perut dah berdingdang rock kapak, mana taknya dari pagi aku just minum Dutch Lady Coklat sekotak dgn roti bun ikan bilis je. So, nampak Burger King teros order Whopper Jr 1!
Sebenarnya, Whopper tue adalah tajaan sendiri, bukannya TM yang bagi. Takkan la pergi interview dapat makanan percuma Burger King bagai. Gila melampau tue. :D

Then, singgah surau solat Maghrib jap. Aku just letak tepi aku je whopper tue! Masa aku nak berdoa, budak kecik sebelah aku duk main aku nyer whopper. Abang dia amek, nanges meraung-raung dia. Kesian aku tengok so aku bagi cekelat mentos, terus diam! :')
Mak budak tue siap solat tak henti-henti cakap terima kasih kat aku. Segan plak aku, padahal benda kecik je. Lagipun aku bukan ada anak sedara atau anak kandung nak bagi cekelat kan? hahahahahaha ^.*

Sampai umah terus mandi and solat Isyak pastu blogging. Esok ada interview g kan? so harusla titow awal. Esok interview pukul 9:30 pagi kot!
babai. sayora dan Assalamualaikum.

p/s: terasa sangat penat kena survive sowang lalui semua ni.

nota si kecik:

si dia busy sampai lupa wish gudluck before interview
and sampai skg pun diam je! :'(

Monday, May 30, 2011

esok first interview kerja.


~Salam Semua~

Baru lepas baca nota untuk interview esok. Mengalahkan macam exam time kolej dulu je siap ada nota bagai. seyes cuak gila ni sebab ni first time aku dapat interview untuk keje.

seyes cuak tahap giga! =.=||


Guys, please pray for me. okay? : )

Good Nite semua. Semoga bermimpi yang manis-manis.

nota si kecik:

mendoakan yan terbaik!

Friday, May 27, 2011

facial muka semurah RM5

~Salam Semua~

Selamat pagi dan Selamat tido juga. Mama, Ayah dan adik2 aku tengah syok tido aku duk layan pakai masker kat muka. dah la pepagi buta plak tue. adakah aku masih seniman? =.="


Okay, masker yang aku pakai murah hanya RM5 je. Masker nie jenama Daiso. Before ni aku taktaw pun pasal keajaiban masker Daiso ni sampai la aku baca blog sarah virtual diary yang semakin glowing sekarang nie. peace sarah :P


Aku pernah gak masuk Daiso nie. Memang boleh kopak duit sebab kat sana barang murah dan macam-macam ada dari barang dapur, alatulis hingga la seluar dalam pun ada taw :D

Semua barang dia RM5 berjenama Jepun. selipar jepun pon ada wei. hakhakhak :)
So if kowang nak beli masker Daiso atau barang yang pelik serta murah g la terjah Daiso.

Komen aku lepas pakai Daiso sebanyak 3x adalah sangat best coz dia boleh buang pores kowang yang tak berguna tue. Cara pemakaian dia plak cukup senang dan cepat. Hanya tempek2 kat muka pastu biar dalam 10-15 minit pastu cabut and koyak masker tue macam tue je tanpa menggunakan air.

Peringantan; kowang jangan wat masker ni macam pencuci muka duk guna tiap-tiap hari plak. Hanya sekali seminggu sahaja yea untuk memastikan kotoran kat muka tue boleh dibuang sepenuhnya. If kowang pakai hari-hari mau nipis kulit muka. =.=
Selamat mencuba la ek semua, nanti dah cantik bagitaw aku. ^.*

p/s: seyes aku tak boleh tido. dari petang tadi jap2 air mata ni kuar sebab windu sangat.

nota si kecik:

biarlah rindu yang berkata-kata