Monday, September 27, 2010

TENTANG SAYA. totally finish!


~Selamat Malam Semua~

dah prepare katil ka?
dah nak tutup lampu bilik ka?
jap. jap.

sebelum tutup laptop and tidur
baca blog aku dulu ek.

akhirnya siap sudah TENTANG SAYA.
lega rasanya.
selesai satu masalah untuk interview nanti.

tapi ada lagi satu masalah.
resume belum siap ma.

huh.
tetiba otak jadi lembut!
aku tak mau cakap lemb*p nanti jadi betul-betul
tak ka timbul lagi satu masalah.

ni la padahnya kalau belajar tue setakat nak dapat result tinggi.
sekarang dah terkontang-kanting
nak siapkan resume yang bermutu tinggi setanding minyak Seri Murni,
pun susah!
hikhikhikhik
^.*

esok 1 hari je lagi.
lusa dah kena g interview.

oh otak silalah berkerjasama dengan aku.
nanti aku belikan kau otak lelaki lak!
miahahaha : )

ending karangan TENTANG SAYA
aku just tulis macam ni

"Akhir kata, “Keusahawanan itu kerjaya pilihan” dan saya yakin setiap kita bukan dilahirkan untuk menjadi usahawan tetapi ia boleh dibentuk cuma ia bergantung pada individu itu sendiri nak atau tidak."

kowang rasa okay tak?
since interview tue kan pasal latihan keusahawanan,
so haruslah ada benda sebegini kan?
lagipun aku sendiri pun setuju dengan
ayat aku yang last ni.

okay
sekarang kowang dah boleh tutup laptop
and tidur dengan lenanya.
tapi sebelum tue tido baca doa dulu ek!

semoga bermimpi yang indah-indah


nota si kecik:

tetiba rasa macam buat cerpen lak.
rasa penulis novel pun ada.
perasan. ahaha

karangan TENTANG SAYA?

~Salam Semua~

hari interview dah makin dekat.
tinggal 2 hari je lagi.
cuak la jugak.

oh hari tue aku silap gtaw
sebenarnya interview aku bukan hari Selasa tapi Rabu.
silap tengok kalendar wei.
ehehehehe : )

sekarang ni tengah siapkan resume and karangan Tentang Saya.

malam tadi baru ciap 2 muka surat,
untuk karangan tue.

agak-agak kowangkan,
bape muka surat aku kena buat?

sicoklathati cakap 5 muka surat.
melampau la tue.
takkan nak cerita dari first day aku dilahirkan hingga sekarang!

jenuh orang yang interview tue baca nanti.

senang-senang aku copy apa yang aku tulis kat blog ni je kan?
kihkihkih
^.^
nota si kecik:
kecuakkan!
kena siapkan hari ni gak resume
and karangan tue.
aja-aja ^^

Saturday, September 25, 2010

2nd interview PUNB

Alhamdulillah.
benda yang di tunggu-tunggu datang jua.

benda ni aku dah lama apply

Perantis Siswazah PUNB

since bulan 7 hari tue g.

semalam orang PUNB call,
cakap aku kena pergi 2nd interview.
hari Selasa ni pukul 2 petang dekat Hotel Raudah Kota Bharu.

huh!
agak teperanjat di situ.
setaun aku intake before ni tak ada plak 2nd interview.
kawan aku yang dah dapat before ni pun tak ada kena interview.

katanya kena interview dengan bakal mentor.
aku bukan nak masuk pertandingan mentor ek,
ni kurus keushawanan.

lebih kurang macam The Apprentice Donal Trumph tue.

tapi ni versi Malaysia under PUNB.

so sekarang aku kena siapkan resume and karangan,
bertajuk "TENTANG SAYA"
agak-agak apa la yang aku nak mengarut dalam karangan tue ek?
any ideas kawan-kawan?


nota si kecik:

wish me luck.

Sunday, September 19, 2010

kedai kembali beroperasi.






Salam semua.
apa cerita?
sehat?

ok dah selama seminggu lebih PERNIAGAAN FAAZA MUNIIRA
tutup kedai.
hari ini dah kembali beroperasi.


nota si kecik:

mood tunggang-terbalik!

Monday, September 6, 2010

kedai aku kena ceroboh.

huh!


tadi tetiba pintu kedai aku terbuka,
nak kata angin tak de la coz tak de angin pun.


tengok-tengok ada budak kecik.
mcm mana boleh sesat budak ni?


mana mak bapak dia?
sesape yang hilang anak sila call aku sekarang!
no telefon o13-9004444 tekan-tekan tak dapat.

ni bukan kes anak hilang la
tapi anak lari dari mak!
ada ka?
ehehehe :P

yang sebenarnya ada parents tue tengah repair kereta,
sebelah kedai aku.
anak dia lelaki tetiba tolak pintu kedai aku main cikucak plak.

aku pun layan la.
mula-mula ajak dia masuk taknak.
lepas tue aku bagi gula-gula terus datang duk sebelah aku.

seronok la jugak layan budak ni,
masalahnya
bau tak boleh tahan,
rasa macam budak tue beyak r!

aduuusshhhh,
terpaksa la aku tahan.
takkan la aku nak halau budak tue kuar kot.

jahat gila namanya wei!
tapi kan takkan mak dia tak sedar anak dia beyak?
pelik gak aku.
maybe sebab sibuk sangat tengok kereta kot.

pesanan aku pada mak ayah di luar sana,
jangan biarkan anak anda diselubungi bau yang semerbak tue.
ehehehehe : )

nota si kecik:

agak la menahan bau yang tue.
dah la pose.
makruh tak?
ehehe

tutup kedai.

Assalamualaikum dan Selamat pagi semua.
hari ni dah hari ke-27 kita puasa kan?
means lagi 3 hari dah nak raya!

so sempena raya yang bakal tiba nanti
PERNIAGAAN FAAZA MUNIIIRA
akan di tutup bermula pada hari Rabu,
bersamaan 8/8/2010.
ini untuk persediaan saya menyambut hari raya.
ehehehe : )


kepada sesiapa yang ingin mendapatkan,
selimut,
cadar,
langsir,
atau pelbagai jenis hamparan bundle.
sila la datang ke kedai saya secepat mungkin,
sebab esok adalah hari last kedai dibuka!

cepat!
cepat!
cepat!

dapatkan langsir terutamanya untuk raya ni.

tarikh akan diberitahu kelak,
bila PERNIAGAAN FAAZA MUNIIRA akan mula beroperasi semula.

~happy shopping semua~
nota si kecik:
tak lengkap raya
tanpa perhiasan rumah :)

Saturday, September 4, 2010

jahit manik untuk baju raya.


selamat petang semua.
huh, hari ni busy sikit coz aku jahit manik untuk baju raya aku.
since baju raya tahun ni kain kosong je.
so kena la hias-hias sikit bagi nampak cantik!

actually aku ni bukan jenis yang pandai menjahit.
baru tadi Mama ajar,
then aku buat sendiri.

senang je sebenarnya.
kalau nak upah orang mahu berpuluh-puluh ringgit,
kalau nak lagi cantik beratus-ratus pun ada taw.

aku tak da la buat penuh satu baju tue,
just jahit kat lengan ang leher baju je.

nie baru 1 lengan baju aku siapkan,
malam nanti sambung lagi la.

okay, nanti raya aku tunjuk ek,
mana boleh tengok sekarang!
nanti x suprise la kan.
ehehehe :)

nota si kecik:

aku rasa if aku tak dapat kursus under PUNB tue,
nak belajar jahit manik la.

Thursday, September 2, 2010

Pelamin Arab

haih, petang-petang macam ni bohsan la plak kan?
customer pun tak de.
dah sibuk buat kuih raya kot!
uisshh, kuih raya pa buka puasa pun belum g.
masak leklok ek semua,
nanti bagi aku sikit.
ehehehe :P

kalau yang tak ada kerja macam aku neh,
jom berangan bersama si kecik!
^_^

tadi tengah usha facebook senior aku,
tiba-tiba tertarik plak dengan pelamin dia.
tema dia ala-ala arab gitu!
pakaian pengantin pun style Arab!
cantek! cantek!

bukan ramai owang yang kawen skg pilih tema macam ni kan?
unik wei kalau buat.
lain dari yang lain.
aku rasa nanti kawen nak pilih tema ni la!
kihkihkihkih
^.^

perasan betul, entah bila nak kawen tak taw.
gatal je aku ni kan?
tak pe la,
nak berangan sekali sekala tak salah kan? : )

okay, jom kita tengok gamba kawen senior aku tue


aku suka coz dia simple and cantek.
paling aku suka tirai yg colourful kat belakang
and lampu2 yang gantung2 tue!
siap da sisha g. ganaz2. :P

nie plak aku gamba yang aku try google tadi.
agak2 pelamin idaman gitu.
ahahaha
^_____^

pink, merah and putih! so sweet.
color fav aku and sicoklathati.



yang ni pun style,
nampak sangat eksklusif gitu!

kowang suka yang mana ek?
^_______^

nota si kecik:

tak salah nak berangan sikit kan?
sicoklathati take note ek :)

Wednesday, September 1, 2010

hadiah Giveaway 3 jam#7 Dni



akhirnya sampai sudah
hadiah giveaway dari Dni.

baru je dapat tadi.
abg posmen siap tanya aku g,
wangi je.. sabun ek?
uiiissshh, mana la saya taw abg posmen!

buka tengok. memang betul.
wangi woooo.
suka! suka!
thanks Dni.

masalahnya sekarang ni,
aku tak taw nak guna sabun ni?
dia untuk muka atau badan ek?
sila jawab Cik Dni : )

nota si kecik:

wangi gila.
mcm perfume je. ehehehe