Saturday, July 31, 2010

teddy bear tak cute!

haila, haila.
cute sangat ka teddy bear neh sampai budak besar pun nak?
kecik-kecik boleh la main dengan teddy bear,
dah besar men dengan mak teddy bear plak.. ada berani?

main macam nie?
kalau rasa berani silakan! :)
okay, before nie aku ada cerita yang aku nak suka and nak sesangat someone yang special bagi teddy bear kan?
click bawah nie if nak taw cerita aku and teddy bear!
i love teddy bear.
yup, betul tue, sampai sekarang pun aku still suka teddy bear.
tapi tue angan-angan zaman muda-muda,
aku rasa aku perlu lupakan.
bila aku fikir-fikir balik,
tak ada maknanya nak teddy bear sekarang,
dah sedar umur dah nak 12 taun terbalik, ehehehehe :P
21 taun okay!
dah nak matang dah, tak perlu benda nie lagi!
lagipun aku dah ada 2 teddy bear,
nak banyak-banyak buat apa?
t bersepah je and tak taw yang mana 1 nak peluk.
sejak ada baby pinky pemberian sicoklathati,
2 teddy bear aku nie dah tersisih dah.
memang la baby pinky tue just pillow je, but berbulu2 rose lagi taw.
kihkihkihkih
^.^
so macam teddy bear la tue.
dengan segala hormatnya,
beta nak bagitaw no more teddy bear ek :)
so dah tak ada makna
first guy yang bagi teddy bear kat aku akan jadi partner life aku.
since baby pinky tue dah macam teddy bear!
partner life aku semesinya sicoklathati okay!
now and last forever!


nota si kecik:

kalau rasa tak puas hati,
sicoklathati.. awk boleh bagi saya
teddy bear kecik yang boleh gantung tue pun dah cukup.
^.^
i miss u sicoklathati!


mengandung itu seksi dan cantik.

ramai yang cakap perempuan mengandung tue,
cantik and seksi.
betul ka?
jom kita tengok!







tapi if lelaki yang mengandung lagi seksi ka?
ahahahahahaha

semalam aku pergi kenduri tahlil atuk Siti Nurhaliza Sity,
kawan aku time SMKTPR.
Al-fatihah.
tut,tut, tut,
jumpa senior aku.
tak sangka betul!
dah kahwen and mengandung dah pun.
cantik plak aku tengok.
ehehehehe
^.^
tuan dia kecik je,
tapi of coz aku lagi kecik kan? :D
Kak Farah dah mengandung 8 bulan,
that means lagi 1 bulan je nak dapat baby.
haih, teringin nak baby la plak tengok orang mengandung neh.
ehehehehe : )
berangan je aku nie, kahwin pun belum.
gatal ka pe? :P
tak de lah, nak tunggu kakak aku pregnant entah bila.
berdoa and tunggu je la.
harap-harap tak lama lagi kami sekeluarga akan dapat orang baru.
kihkihkihkih.
AMIN.


nota si kecik:

sepupu sepapat semua dah ada anak sedara.
aku nak jugak. ehehehe


oh Miracle Lancome!


Meh sini adik kakak semua,
jom aku nak bagi botol perfume free!
ngggeeeeee =.=
before nie aku berlaku curang kat YSL Baby Doll kan?
amek kau, sekali Miracle Lancome tinggalkan aku.
tempat kejadian: adalah bilik aku.
waktu kejadian: 30/07/2010, 3 petang.
okay, jom aku ceritakan bagaimanakah penceraian nie berlaku :P
petang semalam aku tengah bersiap
nak pergi kenduri tahlil datuk kawan aku, Sity.
first gosok muka dgn tooner dulu,
pastu tempek segala bedak and moisturizer nak bagi mengelip muka ni :D
muka dah mengelip tapi tak wangi lak,
so mau spray perfume sikit kan? : )
malangnya botol perfume Miracle Lancome tue rosak,
tak boleh nak spray.
huhuhuhuhu.
nak tak nak aku buka la penutup dia,
then aku letak perfume tue atas tingkap bilik.
tetiba tengah aku duk calit-calit perfume tue kat baju,
traaaappppp, botol perfume jatuh atas lantai.
shhiiiitttt!
banyak kot yang tumpah tue.
rasa nak jilat balik masuk dalam botol je =.=
sekarang ni tak sampai suku pun perfume yang tinggal dalam botol.
haihhhh, apalah nasib.
tue la sape suruh curang dengan YSL Baby Doll.
kan dah kena sumpah dah :P

yang bestnya,
bilik aku sekarang tak payah nak pakai Ambi Pure.
free bilik jadi wangi dengan cara nie.
agak-agak bape bulan boleh tahan ek since perfume tue tumpah atas carpet?
kihkihkih
^.^
tapi serius agak terkilan coz perfume tue lecture yang bagi!

nota si kecik:

mana mau cari perfume nie?

Friday, July 23, 2010

intebiu Perantis Siswazah PUNB


hi uols!
semalam aku pergi intebiu Perantis Siswazah PUNB.
before aku cite intebiu aku tue,
meh sini nak gtaw pe dia Perantis Siswazah PUNB nie.
ia merupakan program keusahwanan under PUNB utk siswazah yang berkelayakan,
memiliki sekurang-kurangnya sijil kemahiran tahap 2.
if kita dpt, kita akan di letak bwh syarikat/usahawan PUNB yg dah berjaya dan belajar selok belok perniagaan.
owg yang latih kita tue akan dipanggil mentor.
kowg akan di letak di bawah mentor yang sama dgn business kowg minat.
means if kowg ni jenis yang suka buat kek,
dia akan letakkan bawah usahawan PUNB yang da bakeri mcm tue!
latihan tue selama 6 bulan.
dalam masa 6 bulan tue kowg akan di ajar mcm2 bab perniagaan.
if kowg dah lepas latihan sangkut selama 6 bulan,
kowg akan diajar cara buat Business Plan (BP)
so if BP kowg ok,
insyaALLAH kowg akan dpt loan dari PUNB, maxsimum RM50k bagi siswazah!
tapi yang paling menarik gak,
sepanjang latihan sangkut 6 bulan tue,
kowang akan diberi elaun setiap bulan!
3 bulan pertama sebanyak RM800,
3 bulan terakhir RM 1000!
seronok kan?
di samping kita dpt belajar cara2 nak berniaga nie,
kita dpt elaun gak.
but aku nak pesan kat kowg2 yang berminat.
janganlah kowg masuk program nie semata2 nak elaun ek!
tak baik taw.
biar niat kita betul, baru kerja yang kita buat berjalan baik!
bukan pe, skg ni dah semakin kurang usahwan/peniaga Melayu,
so dengan ada program nie,
kita boleh tambahkan lagi usahwan/peniaga dikalangan owg Melayu
di samping itu juga boleh tolong anak bangsa kita sendiri!

okay, tue serba sedikit pasal program PUNB nie!
jom, aku nak cite pasal intebiu plak.
first2 kena dengar taklimat pasal PUNB dulu.
biasala owg PUNB akan cite serba sedikit pasal PUNB
and program yang ada under PUNB.
mana taw kowg layak utk program2 yg len :)
lepas siap taklimat,
kowg kena isi borang and buat ujian soal selidik.
disitu dia nak tengok tahap kita mcm mana,
then bawu intebiu.
time intebiu tue dia akan tanya kowg apa bidang yang kowng minat.
so kowg kena la cite dari A-Z ek!
bawu owg yakin yang kowg betul2 minat nak jadi usahwan/berniaga!
kat Kelantan kali nie dia buat kat Hotel Ridel.
ramai gila gak r yang dtg, lebih dari 50 owg!
tak sangka aku.
bila owg intebiu tue tanya aku minat pe?
aku ckp aku suka something yang kreatif,
aku jenis yang suka melukis,
kan aku ada ckp idol aku Nor Arfa Batik!
Alhamdulillah, nasib baik ada usahawan PUNB yang lebih kurang mcm tue.
dia ada butik+kilang baju sendiri.
siap leh design+printing baju!
aku suka sesangat! tue la apa yang aku idam sejak aku minat business dulu.
harap sesangat dapat!
aku abis intebiu kul 3 mcm tue.
and ramai g yang belum intebiu time tue,
aku xtaw la dowg balik kul bape.
if kowng nak taw lagi pasal
Perantis Siswazah PUNB
atau any program under PUNB
click sini
Portal PUNB

p/s: aku harap sgt aku dpt! aku nak lebih belajar pasal business coz ni minat aku. doakan aku ek kowg! Amin ^.^

nota si kecik:


selangkah ke depan utk ada butik sendiri.
excited!

Monday, July 19, 2010

Miracle Lancome.

aku dah berlaku curang!
before nie bukan main g ckp yang itu yang masyok dgn aku.
kau memang dasar tak setia Faaza!
aku mintak maap bebanyak Baby Doll,
aku tak ada niat nak curang dgn kau!
ehehehehe
^______^
Sebenarnya aku dapat hadiah perfume dari lecture aku.
nak taw sape?
lecture lelaki kesayangan aku,
Sir Syzry.
time g Melaka last week kan jumpa Sir Syzry kat KPM Ayer Molek.
Sir Syzry dah jual perfume skg.
tahniah Sir! :)
aku ingatkan nak beli YSL Baby Doll dgn Sir but tak ada.
Sir pulak dgn baik hati bagi aku perfume free.
siap ckp g,
"Awk amek la yg Lancome punyer, bau dia lembut! best sgt.
dah Sir ckp mcm tue aku amek je la.
thanks Sir
^.^
Hazierah pun dapat satu!
tapi aku lupa perfume pa dia dpt :D
Aku tak ada la dpt sebotol mcm ni



Sir Syzry jual yang original tapi dia refill dlm botol kecik2!
skg ni aku guna perfume yang Sir bagi la.
ehehehe :P
bukan tak nak guna yang YSL Baby Doll
but perfume tue aku tak jumpa2 lagi.
huhuhuhu
buat masa nie guna yang ni dulu la sementara tuggu jumpa YSL Baby Doll!
bau dia pun best and lembut je.
suka sesangat!
adakah aku patut tukar perfume aku?
oh! tak boleh! tak boleh!
aku suka YSL Baby Doll, byk kenangan aku dgn sicoklathati taw.
hmmmm,
apa kata lau aku pakai 2 perfume?
maksud aku tak ada la pakai 2 perfume serentak.
just gilir2, so tak ada la asyik bau sama je kan?
boleh tak sicoklathati cayunk?
^.^

nota si kecik:

nanti Abg bau yang Lancome ni plak,
mesti Abg akan suka punyer!


1 day at Malacca.

16 July 2010
Melaka Bandaraya Bersejarah.

Salam semua...sehat ka? agak lama x update blog kan? byk benda yang jadi last week sampai aku tak ada masa nak update blog. benda yang nak cerita byk sgt-sgt so aku akan membebel pun byk and kowg akan tengok byk post pasal g Melaka. aku akan cerita dari awal sampai akhir, yang nie baru permulaan so tunggu next post ek. ^.^

Aku sampai Melaka Central subuh2 lagi. agak takut gak coz aku sowg2 and Hazierah myb sampai kat KPMBM kul 9 pagi mcm tue. So, aku duk je kat Melaka Central sampai pukul 7.30 pagi then gerak g KPMBM. before tue aku ada call Puan Zarmila coz dia adalah lecture yang aku nak jumpa sesangat. time dlm bus otw nak g kolej rasa happy and cuak pun ada taw since nak g amek result diploma kan.

Sampai kolej terus jumpa Doc. Mumtaz nak amek transkrip diploma. Alhamdulillah result okay je :) lepas tue aku g la jumpa lecture yang ada.. seyes rasa windu gila wei! windu time study dgn kengkawan dulu, windu dgn lecture2 yang 1 kepala dgn aku. Aku nak sesangat jumpa Puan Zarmila but dia busy just jumpa kejap je..huhuhu :(

Pukul 8.50 pagi Hazierah dah da depan kolej, then gerak pergi KPM Ayer Molek plak teman Hazierah amek transkrip dia. Aku rasa lebih 8 bulan tak jumpa Hazierah, windu agak terubat la tapi Hazierah dah kurus. bayangkanlah berat dia sama mcm aku? 37 kg!

On the way aku pergi KPM Ayer Molek, aku call Sir Syzry coz nak jumpa dia. Sir Syzry ni lecture JPAM dari aku semester 1 g until aku dah jadi CCO1 (Pengerusi JPAM). lagi satu aku nak jumpa Puan Kamisah, dia lecture Business Statistic aku time semester 2. Aku dah anggap Puan Kamisah ni mcm mak aku dah coz dia punya sifat keibuan sgt terserlah time mengajar kitaowg dulu sampaikan aku tak sangka aku boleh dapat A subject dia. Alhamdulillah : )



aku and Hazierah kat Cafe KPM Ayer Molek

Hazierah punyer result pun lebih kurang sama dgn aku. Alhamdulillah kami berjaya :) then kitaowg terus pergi lepak kat Mahkota Parade and Dataran Pahlawan. jejalan kejap lepas tue terus g makan Mc'D. Macam biasa, Mc'D memang favourite kitaowg dari zaman kolej lagi terutamanya Ayam Mc'D. Before nie Hazierah da janji nak belanja so makan Mc'D tue dia yang belanja, thanks Haziera :)




Shiema, adk Hazierah.



Hazierah yang dah kurus :P



nie budak yang dapat makan Mc'D free.ehehe :)

Lepas makan then jejalan lagi since aku nak cari Red Handbag tapi hampeh satu pun tak ada yang berkenan and cantik di mata aku. Ingatkan dapat la gak beli apa2 sebagai kenangan g Melaka tapi seyes tak ada benda yang best! kenapa Melaka jadi mcm nie ek skg? nak kata aku ni memilih tak la kot coz Hazierah pun sama. Sebab tak puas ati kitaowg g plak Jusco yang baru buka kat kolej aku. Hampeh lagi coz sama je! Jusco Bandar Melaka mmg besar tapi tak ada benda sgt pun. haih...balik tangan kosong je la! :(

Pukul 4.30 petang, Hazierah htr aku g Melaka Central coz dia dah nak gerak balik Subang. sedih gak la nak pisah dgn Hazierah, rasa x cukup je satu hari lepak dgn dia. nanti konvo je la dapat jumpa lagi. tak sabar!


nota si kecik:

kawan itu cukup berharga.
kawan dunia akhirat.
^.^


Wednesday, July 14, 2010

unexpected, going to Malacca!


salam semua!
2-3 hari ni emosi pelbagai rasa,
biasala dlm sebulan tue ada la harinya.
fhm2 la ek.
ehehehehe :)
so, nak update blog tue agak malas sedikit.
esok malam aku akan ke Melaka.
huh! setelah sekian lama x menjejakkan kaki ke negeri panas itu.
aku ingatkan aku takkan pergi Melaka dah since konvo pun kat KL nanti.
and nasib baik gak tiket masih ada!
aku pergi melaka ni pun secara mengejut, tak da plan2 pun.
just nak amek transkrip diploma je!
kwn2 aku yang lain dah berkurun dah amek.
aku baru skg nak g amek! sowg2 plak tue.
sedih tak?
huhuhuhuhu
T___T
nasib aku agak baik bcoz Hazierah pun ikut.
bezanya Hazierah amek kat KPM Ayer Molek,
aku kat KPM Bandar Melaka.
but aku akan jumpa dia lambat sikit coz dia dari Subang.
bus aku akan sampai time Subuh g pada hari Jumaat,
so aku akan keseorangan hingga Hazierah sampai Melaka.
ada la dalam pukul 9 atau 10 pagi baru dia sampai.
ada sesape nak temankan aku tak?
lagipun Hazierah myb akan lepak dgn aku sampai pukul 5 petang je,
then aku kena stay kat Melaka Sentral sampai kul 8 malam tunggu bus balik Kelantan!
alangkah bagus jika sicoklathati dapat teman aku hari Jumaat tue.
tapi itu hanya mimpi,
takkan sicoklathati dari Kedah nak dtg Melaka jumpa aku kan?
1 hari je pun, buat penat sicoklathati je!

aku windu sicoklathati!
tersangat! sangat! sangat! sangat!
T____T

p/s: aku tgh pening nak bawak beg mana g Melaka! aku just ada slingbag and handbag kecik je, so tak muat nak letak sweather+t-shirt sehelai.
that why i really need a new handbag! red handbag yang sederhana besar tapi sesuai dgn saiz aku yang kecik nie. so boleh la aku isi barang byk sikit!


nota si kecik:

agak takut nak g sowg2
since dah lama tak g sana
and
windu pada budak2 batch aku dlu!


Wednesday, July 7, 2010

Hlovate-5 tahun 5 bulan

hmmmm,
nak buat review sikit pasak novel nie.
penulis dia Hlovate!
sape yang mengaku kaki novel tapi tak taw sape dia ni,
aku hempuk dgn batu
dia famous gila2 wei!
cara diam menulis lain dari yg lain.
1 tahun lepas aku da baca novel dia yg
aA+bB and Tunas.
seyes best gila.
5 Tahun 5 Bulan

mengisahkan seorang perempuan bernama Johana
yang akan melanjutkan pelajaran ke overseas tapi bekerja sebaggai pembantu rumah
untuk cari duit lebih.
tempat kerja Johana milik Encik Latfy
yang mempunyai 4 orang anak;
2 lelaki, 2 perempuan.
saat berkerja di rumah tersebut Johana mula rapat dgn Along,
anak lelaki sulung Encik Latfy.
sehinggakan setelah dia berada di oversea pun Along sering contact dia.
siapa sangka,
hubungan rapat seperti adik-beradik di antara Along dan Johana
berjaya buat hati brutal Johana yang anti jiwang2 nie jatuh cinta pada Along!
akhirnya mereka bertunang and tak lama lepas tue kahwin.
hidup di UK bersama suami tercinta,
cukup membahagiakan Johana walaupun dia dan Along
masih sama-sama belajar!
5 Tahun 5 Bulan
akhirya mereka balik ke Malaysia!
selama 5 Tahun 5 Bulan
Johana bawa balik bukan setakat 1 sijil degree kedoktoran,
tetapi 3 sijil;
1 sijil kedoktoran
1 sijil nikah
i sijil anaknya Amir!
bahagia kan?
benda yang tak pernah terfikir oleh seorang insan bernama Johana.


p/s: kebahagiaan adalah milik setiap insan, cuma ia bergantung pada seseorang itu nak atau tidak! kadang-kadang cinta memang akan buat kita rasa bodoh tapi ia cukup membahagiakan bila apa yang kita inginkan tercapai. ^.^


nota si kecik:

i want be happy with u, Syafiq!
only u, now and forever!


Tuesday, July 6, 2010

Yves Saint Laurent Baby Doll♥

aku suka sangat, sangat, sangat, sangat dan tersangat-sangat
Yves Saint Laurent Baby Doll atau YSL Baby Doll!
sebelum aku berjinak-jinak dgn perfume,
aku dah tekad if aku jumpe 1 perfume yg betul-betul masyok dgn aku,
akan aku kekalkan sampai bila-bila!
bermacam-macam jenis perfume aku pakai,
until aku jumpe
YSL Baby Doll yang One Drop Perfume.
then aku beralih pada Paradise Perfume but still YSL Baby Doll.
aku rasa YSL Baby Doll memang terbaek bagi aku!
sampaikan sicoklathati pun ckp mcm tue.
tapikan ada sedikit cerita sedih tentang perfume nie.
huhuhuhu : (
oleh kerana, sicoklathati suka bau tue aku bagi botol perfume tue kat sicoklathati!
malangnya bila aku nak beli balik yg One Drop Perfume punyer
lansung tak sama dgn yang aku beli before nie.
hukhukhuk
T____T
then, nak cari yang Perfume Paradise bukan senang!
tak ramai yang jadi agent Perfume Paradise.
sejak aku bagi perfume aku kat sicoklathati,
sampai skg aku tak pakai perfume.
kalau pakai pun aku pakai yang sicoklathati punyer,
Hugo Boss! ehehe :P
aku nak carik tapi faham-fahamlah aku bukan senang nak keluar.
busy dgn business!
time pergi Kulim 2 hari lepas, singgah r Pasar Malam.
ingatkan da, puas aku tanya tapi tak de gak,
hampeh!
yerla, mana aku mampu nak beli yang originalnyer.
setakat yang botol kecik2 pun jadi la.
tadi tgh kebohsanan so search r YSL Baby Doll,
mcm ni rupanyanya yg original



sweet kan?
color pink gitu!
kalau yang One Drop Perfume

botol no 6, YSL Baby Doll.
tapi bau dia dah tak sama dgn yang aku pakai dulu after dia tukar packaging.
huhuhuhu : (
Perfume Paradise plak,



YSL Baby Doll botol no 3.
tapi susah nak cari Perfume Paradise ni.
kalaulah aku ni kaya,
dah lama beli yang botol besar punyer!
yerla satu botol besar tue beratus gak!
huhuhuhu
i miss my smell!
ada gak owg yang windu bau diri sendiri ek?
penyakit apakah ini?


nota si kecik:

hari-hari bau Hugo Boss,
sampaikan dah cam dah kalau da sesape yang pakai! :P


coklat Daim.



sudah berkurun aku tak makan coklat ni!
last-last dapat jugak aku merasa lagi.
terima kasih utk
adik angkat aku; Kry!




bukan senang nak dapat kat lain selain Langkawi.
lagipun kat Langkawi murah gila berbanding sini.
dah dia g Langkawi and siap tanya aku nak pe,
so of coz la coklat kan?
takkan rokok lak!
aku benci rokok okay! terutama bau+asap dia.
bila aku g Kulim 2 ari lepas,
sempat jumpa Kry and dpt coklat ni 1 plastik.
terima kacih Kry!
tapi of coz mengundang kecemburuan sicoklathati.
oh sicoklathati;
"saya cinta kamu sahaja sepanjang hidup saya!
aku pun satu hal, kwn laki ramai sgt.
sape suruh.
nggeeeeee!
haih! nasib baik sicoklathati taw aku jenis mcm mana.
if buat awk sedih sicoklathati ku cayunk,
sejuta kemaafan dipohon okay.
ISyafiq


nota si kecik:

kuih bakar berbentuk hati masih tetap no 1!
ehehehe. ^.^


contest paling comel.



aku tak cantik
but
aku comel!
ahhaakkss
ada nada gedik di situ :P
ni Dak Eina punyer pasal la ni,
ada ka tag aku dlm contest ni.
ceh, kat dunia blogging tarok nama Dak Eina
padahal dah nak tua dah pun mak cik tue.
kowg yang taw tentang dia taw la,
aku kwn dgn dia time sekolah teknik dulu.
aku mana da panggil Dak Eina tapi Mek Na.
hahahaha
^______^
aku tak taw la nape dia leh tag nama aku,
bukan aku comel sgt pun.
"mung g comel Mc Na! :P
aku malas r nak jejoin contest ni coz aku rasa aku x bape layak.
lagi satu, berjuta yang join dah.
tapi
aku tetap nak berterima kasih pada Mc Na coz tag aku!
kalau la aku masuk Contest Paling Comel nie,
ni la gamba yang aku nak pertandingkan



kowang carik la sendiri yg mana 1 ek!
actually ni pic kelaz aku kat kolej time semester 3 dulu.
oh yea, contest tue nak gamba sowg kan?
ni bukan sowg tapi dah berpuloh,
so sah2 dah out!
ehehehehe
^__________*


nota si kecik:

Mc Na,
kira selesai utang aku dgn mu deh!
ehehehe:P
i miss my study time!