Friday, December 31, 2010

Happy New Year 2011

~Salam Semua~

sebelum aku mulakan ucapan tahun baru lebih baik kiranya aku menyusun sepuluh jari memohon maaf kiranya sepanjang tahun 2010 aku ada mengasari mana-mana pihak. aku juga nak mintak maaf sebab kebelakangan ini aku sangatsangatsanga la sibuk sampai tak sempat nak update blog dan g usha blog kowang! maaf seribu kali maaf ek :P

if kowang nak taw perkembangan terkini aku adalah, esok 1/1/2010 tahun baru aku dah pindah dari umah kakak aku ke bilik sewa yang baru! nak taw kat mana? bilik mcm mana? keadaan persekitaran mcm mana? sila bersabar ek! InsyaAllah aku akan update nanti! promise taw sempena hadiah tahun baru untuk kowang semua yang sentiasa setia dgn aku. ehehehehe :D

Okay, sekarang aku nak g kemas apa yang patut sebab nanti kalau pagi esok baru nak kemas tak pasal2 tertinggal harta-harta karin yang ada neh. huhuhuhu =.=

Selamat Tahun Baru 2011!

"Semoga tahun baru lebih bermakna dari tahun yang sebelumnya dan sentiasa dirahmati oleh Allah! LOVE YOU ALL!"

nota si kecik:

azam sempena tahun baru ni banyak sangat,
kebanyakkannya untuk masa depan aku sendriri!
salah satu dia,
aku nak lebih kerap update blog macam dulu2!

windu sicoklathati :'(


Wednesday, December 22, 2010

Pencarian bilik sewa. TAMAT!

~Salam Semua~

hip, hip hhoooooorraaaaaay~

Alhamdulillah akhirnya aku dah dapat bilik sewa yang sesuai dengan budget and kehendak aku. so selesai sudah 1 masalah. tak perlu nak tengok iklan-iklan yang bertepek di public fon, di tiang-tiang elektrik dan tak perlu hari-hari bukan web Mudah, Cari Bilik. : )

Selama hampir 2 bulan aku cari bilik, macam-macam benda yang berlaku. kena tipu pun ada sampaikan aku dah trauma nak g tengok bilik ni. perabis duit lrt and mengecilkan badan aku yang dah kecik menjadi semakin kecik sebab berjalan ke sana sini, turun naik tangga.

Ekceli, aku dah hampir putus asa dah nak cari bilik before aku dapat bilik yang akan aku pindah 1st January nanti sebab aku memang berharap sangat since masa aku call pun dia cakap okay datang je nak tengok. tut,tut esokkan aku call berbelas-belas kali baru dia angkat then cakap bilik tue dah ada owang amek! siot je! aku dah terpacak depan Saloon tue lama kot tunggu dia! =.=

Sekarang dah tak payah serabut kepala nak fikir pasal mana nak cari bilik sewa ni. I'm free! ahahahahahaha :D aku nak kata suka dah dapat bilik tue memang la suka tapi lepas ni kowang jangan terkejut kalau tengok aku after 4 months nanti aku jadi semakin mengecil macam budak dalam iklan susu tue, susu apa aku dah lupa!

lagi kecik sebab dari rumah tue nak pergi keje aku kena bermarathon dalam 15 minit untuk ke stesen LRT plus turun naik tangga sekali sebelum aku dapat naik LRT untuk g keje. Then, lepas masuk dalam LRT kalau ada seat kosong alhamdulillah lega sikit dari bermarathon tadi tapi kalau kena berdiri aku bertukar dari marathon ke patung. kihkihkihkih :P


lebih kurang dalam 25 minit aku dalam LRT menjadi patung yang bernyawa, turun dari LRT aku kena bermarathon balik lebih kurang 10 minit plak untuk sampai ke tempat kerja aku!
fuhh! Awal Ashaari. memang penat wei tapi marathon tue kan baik untuk kesihatan =.=
pperrrrgghh! ayat tak boleh bla, padahal diri sendiri je taw penat dia macam mana!

lagipun aku dah belajar terima hakikat, standard la duk KL memang owang selalu jalan kai termasuk beta! huhuhuhu.


nota si kecik:

masalah bila dah dapat bilik sewa,
kena beli barang untuk bilik plak!

Tuesday, December 21, 2010

Perodua ada bagi diskaun kaw2 sempena YES. so jom beli kereta jenama Perodua

~Salam Semua~

wah! wah! wah!
sekarang ni sana sini YES je. pergi SOGO, YES! pergi PARKSON, YES! pergi Times Square, YES! sampaikan kat kedai mentor tempat aku kursus PUNB pun YES. Year End Sales! bikin owang panas je tangan nak keluar duit. ehehehe :D

Sekarang ni Perodua pun ada buat sale taw. Actually aku pun tak taw pasal benda ni tapi oleh sebab baca blog kawan lesby baik aku Hazierah baru aku taw. Abang dia keje dengan Perodua so di sini aku mau tolong promot sekali. yerla nak beli tak mampu lagi walaupun sale sebab aku baru jadi usahawan kecil-kecilan, kalau dah jadi usahwan berjaya macam Syed Mokhtar tue bukan setakat Myvi je aku beli tapi Mitsubishi dan BMW sekali sebab semua tue merangkap kereta idaman aku. kihkihkihkih : )


If sesape yang berminat tue boleh la contact Abg Iwan ek. No hanfon macam yang tertepek dalam poster diatas. Bukan setakat kereta-kereta dalam gambar di atas je yang ada diskaun, semua kereta yang bercap Perodua ada diskaun.

Berbelanjalah dengan berhemah serta ingat orang-orang tersayang-Faaza ^.^


nota si kecik:

bila dapat rasa naik kereta dgn sicoklathati ek?
huhuhuhuhu


Sunday, December 12, 2010

berdating dengan Ashraf Muslim di SURE HEBOH

~Salam Semua~

ehem, ehem,
agak-agak ada sesape yang cemburu tak dengan aku bila tengok tajuk entry ni? ehehehehe :D sila la bertendang semuannya yea. sebab Ashraf Muslim dah jadi hak milik kekal aku. :P
silalah percaya wahai sahabat-sahabat blogger sekalian alam.

okay, mesti ada yang cakap aku ni entah apa2 kan? lantak kowang la, janji aku suka
Ashraf Muslim sesaaaaannggggaatttt!



Ekceli, memang aku kat SURE HEBOH sekarang saat entry ni dipublisitikan tapi tang jumpa Ashraf Muslim tue just imaginasi keanak-anakkan aku je. aku kan kanak-kanak soya! ahahahaha:D sila la bersabar kepada peminat-peminat Ashraf Muslim yang lain sebab aku tak tamak, kita share sama-sama tangkap gambar kalau dia ada kat SURE HEBOH ni ek? :)

Okay la, dah selesai sesi buat owang bengang sekejap so aku nak sambung jejalan kat SURE HEBOH ni dgn DAKGIANT sepuas-puasnya mana taw betul-betul dapat jumpa
Ashraf Muslim
. ^.*


nota si kecik:

Syafiq Muslim pun aku nak jumpa gak lau boleh.
rindu,
kihkihkihkih
^_______^
peace bro!


oii, DAKGIANT bangon, bangon!

~Salam Semua~

bagaimana cara nak kejutkan owang suh bangon dari tido dengan berkesan? haih, aku ajaib bin pelik betul. takkan la berkali-kali aku call dia tak sedar? ni mesti kes penat bebenau semalam buat upacara turunkan lemak dengan bersenam secara overdos nie.
kahkahkahakahkahkahkah :D

tak pe, dikGIANT akakmu ni faham kamu nak jadi GIANT kepada NOBITA kan? bertukar! ehehehehehe : ) tapi jangan overdos ek cayunk, sampai tido tak dengar bom meletup. nasib baik handfon sekarang tak ada g canggih sampai boleh call orang buat ringtone sendiri untuk owang yang kita call tue. kalau tak, akak dah jerit kua-kuat cakap
"G I A N T buka kedai jual sayur"
sama macam mak GIANT selalu marah-marah GIANT dalam cerita Doraemon tue.
terbahakhakhakhakhakhak
^___________^

mesti nanti jumpa muka dakGIANT lebih kurang macam ni ek?

sambil cakap
"Akak, fafa mintak maaf sangat-sangat. sorry akak"

maapmu diterima fafa tapi
salah tetap salah yea dakGIANT, janji jumpa pukul 10 pagi ni bangun dah nak pukul 10. agak-agak pukul berapa nak jumpa nie?
sebagai denda sila belanja akakmu ini Beger McD Posperity!
miahahahahahaha :D


nota si kecik:

nasib baik still kat umah, boleh juga update blog.
kalau aku dah tunggu kat lrt dari pukul 9.30 tadi
nampak gaya ada owang akan nangis depan aku la.
ehehehehehe
akak tak marah fafa,
jangan wisau ek! : )