Tuesday, August 31, 2010

last episode Kau Laksana Bulan

Ada sesiapa yang minat dengan artis yang macho ini.
dah la macho,
muka rilex and selamba je!
buat aku cair owh.
cuba kowang usha tengok

cair tak?
nak kata handsome boleh la,
tapi aku suka sesangat kat Zulhuzaimy sebab
tiap kali dia berlakon mesti muka dia cool je memanjang.
(sicoklathati, nie la Zulhuzaimy lau tak taw)
ehehehehe ^.*

okay,
semalam last episode Kau Laksana Bulan kat TV2.

sedih aku tak sempat tengok sampai habis.
wuwuwuwuwu
T.T

kalau dia main kat TV3 insyaAllah ada catch up tv.
ni kat Tv2 mana mau cari wei?

ni lagi sowang pelakon dalam cerita neh.
Ashraf Muslim.
aku minat gak dia nie.
pakai sepek wei..suka, suka!
owh, style dia dalam gamba nie pun aku suka.
sepek, kemeja and short pants!
perfect contoh style lelaki yang aku suka :)

cerita ni sebenarnya adaptasi dari novel Kau Laksana Bulan karya
Aina Emir.

kalau dapat novel ni pun best gak neh!
ada sesape nak bagi aku hadiah novel ni tak?
ehehehe
^.^

sesape yang taw mana nak tengok cerita ni,
sila gtaw aku ek!
pllllzzzz

nota si kecik:

sicoklathati,novel nie plz? kihkihkih :P

Wednesday, August 25, 2010

niat blogging aku

Sebelum ni aku ada cakap
aku teruja coz blog aku dah ada 50 orang follower.
actually skg dah 51. :)

Aku taknak kowang yang baca blog aku ni salah faham.
niat aku blogging bukan nak kumpul follower,
bukan nak kumpul duit nuffnang,
bukan nak cari publisiti murahan!

duit nuffnang aku tak sampai seringgit pun
and aku tak amek pot pun pasal tue
sebab tue semua tak penting.

meh sini dekat-dekat aku nak story sikit.
actually aku start blogging time aku semester 3 dulu,
means tahun 2009.
tapi oleh kerana ada masalah peribadi
aku delete blog tue.
that time aku amat-amat takut dengan blog.
fobia gila sejak kejadian tue!

hanya Allah yang tahu apa sebenarnya yang terjadi.
betapa aku takut nak buka blog,
nak baca blog owg.

tapi dari seorang kawan yang aku anggap
macam adik-beradik aku sendiri
kawan yang ada time susah dan senang
kawan yang cukup memahami aku
HAZIERAH
dia yang bagi nasihat
dia yang kuatkan semangat aku supaya tak fikir benda yang lepas
come and start a new story!

pada mulanya aku still teragak-agak
nak buat blog nie.

tapi HAZIERAH tetap bagi kekuatan pada aku.
thanks sayang.
kita sayang awak ketat-ketat!
fuh tetiba rasa nak nangis
T______T
teringat balik apa yang jadi sebelum ni.

then aku fikir positif,
aku kuatkan semangat aku yang lemah sebab kejadian yang lampau
yang memang aku takkan lupakan
rest of my life!

aku buat blog untuk diri aku
untuk orang yang aku sayang
untuk aku tenangkan diri aku.
selain tue blog ni pengerat hubungan aku dan sicoklathati.
kitaowg ni kan PJJ
Percintaan Jarak Jauh
so dengan cara ni sicoklathati lebih kenal siapa
FAAZA MUNIIRA

dan selama aku blogging ni
sicoklahati tak pernah miss baca blog aku
and dia semakin memahami siapa
FAAZA MUNIIRA

yerla kekadang
bukan senang nak bagitaw something secara terus-terang
so aku perlukan alternatif lain
untuk bagitaw sicoklathati!
dan dengan blog nie lah aku ceritakan segalanya apa yang aku rasa.

dah aku malas nak cerita panjang-panjang
coz benda ni buat aku teringat kembali cerita lama
benda yang paling perit pernah aku lalui
sepanjang hidup aku setakat ni.
T__T

so harapan aku pada sesapa yang follow blog aku ni
P L E A SE
bagi aku sedikit semangat time aku perlukan someone,
sesama kita blogger support antara satu sama lain!
kepada yang rajin baca blog aku ni terima kasih
kerana sudi usha blog aku yang hanya berkisahkan hidup aku semata-mata.
insyAllah aku juga akan ada dengan kowang
sebab bagi aku
"sekali aku dah sayang seseorang tue selamanya aku akan sayang walaupun orang tue dah tak pedulika aku lagi"

jom kita bersama-sama untuk pastikan hari ini lebih indah dari semalam
semoga kita sentiasa gembira bersama insan di sekeliling kita


thanks semua.

p/s: if kowang nak baca first entry aku clicksini.

nota si kecik:

kenangan lama buat aku nangis lagi. :'(

Tuesday, August 24, 2010

50 followers

salam semua.
masih puasa ka ada yang dah yangyuk nie?
ehehehe :P

tak sangka hari ni blog aku dah ada 50 orang follower.


kecoh kan aku ni.
baru ada 50 je pun.
Hanis Zalikha
Ben Ashaari
Cik Intan
ada beribu-ribu tak bising pun!
ngggeeeeehhh =.=

tak pa, tak pa.
aku still rasa teruja okay.
tak sangka blog aku yang kuno ni pun dah da 50 orang follower.
amat la terharu.

thanks semua coz sudi follow blog aku ni.
moga-moga hidup kita semua sentiasa happy.

love you all.
mmmmmuuaaaaahh. ^.^

nota si kecik:

thanks for supporting :)

Monday, August 23, 2010

Jom Ikut Teha Giveaway

jom join giveaway Teha
hadiah dia yuuummmmmmyyy


untuk join giveaway ni aku mesti kena jadi follower
so nie buktinya


follower yang ke 271 itu aku.
ehehehe
^.^

oh lupa kena tag dua org kawan ek?
aku nak tag
cik eina
cik dni
:P

kowang pun nak join ka?
sila, sila
click kat banner ni ek!



nota si kecik:

bila nampak coklat
rindu nak makan coklat cadbury dgn sicoklathati.

Menang Giveaway 3 jam sahaja#7 dari Dni

W O W
tak sangka.
betul-betul tak sangka dapat giveaway nie.
dah banyak contest masuk tapi tak pernah ada luck.
hari ini,
ternyata aku ni agak bertuah gak.
GIVEAWAY 3 JAM SAHAJA#7


giveaway ni aku dapat dari Dni.
thanks a lots Dni.
Dni ni rajin buat giveaway taw,
insyaAllah nanti ada
Giveaway 3 jam Sahaja#8 plak.
so pakat join reramai ek
^.^

nota si kecik:

terkejut gila!

Sunday, August 22, 2010

sambal ketam

sllllrrruuuuuupp
meleleh-leleh air liur ni.
sabar, sabar.
puasa ni nanti kurus puasa plak.
dah lama tak makan ketam!
tetiba teringin nak makan ketam.


sambal ketam.
syoknya!
sambal ketam,
gulai ketam,
ketam masak cili padi,
tak kisah la ketam masak pa pun janji ketam.

mau ajak Mama pergi cari Mr. Crab ni la jap g untuk buka puasa.
ehehehehe
^.^

nota si kecik:

mood-lemau!

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan, 8 tahun di perantauan.

Alhamdulillah
hari ini semua umat Islam dah start berpuasa!
sama macam aku,
tapi adakan yang tak puasa?
yang memang diharuskan tue tak kisah la
tapi kalau sengaja kowang jawab la sendiri dengan Allah!
okay,
sekarang aku nak cerita pengalaman puasa aku.
dari form 1 sampai la dah habis diploma sekarang
nie baru pertama kali aku dapat puasa kat rumah dengan jayanya.
before ni asyik makan gulai kawah Dewan Makan Hostel je!
selama 8 tahun wei.

start dari form 1 hingga form 3
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja, Lemal.
kat sana still budak-budak g.
ye la umur pun baru 13 tahun
apa yang tahu sangat.
hingusan lagi.
kalau aku tak tahan sangat makan lauk Dewan Makan
aku call Mama
suruh Mama datang bawak
nasi kerabu
taufu fa
nasi minyak
oh, mesti kowang pelik kenapa Mama aku boleh bagi aku makanan ni semua
actually hostel tue tak ada la jauh.
kalau naik kereta tak sampai 5 minit dah sampai.
miahahahaha :D
oleh kerana setiap petang Mama akan pergi kutip hutang lapuk
kat roundbout Lemal so aku kirim la kat Mama apa-apa.
ehehehe
jahat aku kan?
tak jahat mana pun coz budak lagi kan!

form 4 hingga form 5
Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa


dah masuk form 4 sekolah dah jauh dari rumah,
so tak ada la Mama nak tolong hantarkan makanan lagi.
nak tak nak makan je apa yang ada kat Dewan Makan tue.
ikan goreng baling dinding tak hancur-hancur,
ikan nyok-nyok bergetah,
sayur air terlebih air,
haih macam-macam
sampaikan lebih rela buka puasa dengan maggi.
tapi tue bukan aku la kawan sebilik aku.
ehehehe
^________^
warden nasib baik sport shoesing gak
boleh la kirim apa-apa kat budak yang tak duduk hostel
belikan makanan and kitaowg pun boleh keluar petang.
tapi tak lama coz
kat Dewan Makan tak ada org nak makan
bila lauk tak sedap
coz ramai yang beli kat luar.
miahahahaha
kesian makcik-makcik yang masak!
alih-alih perintah berkurung dilaksanakan.
warden dah jadi askar jepun tak bagi kami keluar
nasib baik ada kawan yang duduk luar tolong belikan,
kalau tak mau mati kering kami.
tapi kesian la dekat kawan tue
coz sekali kirim buka sebungkus dua
tapi dekat 1 dorm.
ehehehehe.
yang femes time tue Nasi Kukus Haikal.
marvelous la wei!

Diploma~semester 1 hingga 5.
Kolej Profesional Mara Bandar Melaka.
time ni lagi seronok.
dah remajakan so dah pandai berdiri di atas kaki sendiri!
apa-apa nak beli je kat luar.
tapi yang paling aku tak boleh lupa,
masa semester 1 kami sahur siap masak-masak g dalam bilik.
oh, rindunya nak makan sardin special yang Zana buat!
walaupun dah besar,
dah boleh keluar sesuka hati
tapi of coz la hidangan kat umah still number 1 kan?

so sekarang ni aku dah dapat peluang tue
takkan ku sia-siakan walau sedikit pun!
nak makan segala benda yang aku nak time 8 tahun lepas.
ayam golek
jala emas
agar-agar tembikai
air soya cincau buatan rumah
eh kalau nak sebut tak habis,
tunggu je la.
ehehehehe

yang penting aku happy sangat puasa kali nie
sebab dah boleh puasa kat rumah
and first day puasa adalah hari bersejarah aku!

nota si kecik:

tak selesa
first day puasa dah selesama teruk.

Tuesday, August 10, 2010

1st Giveaway by Kerm's Craft

lalalalalala,
bulan ni tersangat-sangatlah
rajin nak join contest yang ada!
kali ni nak join contest yang di anjurkan
Kerm's Craft

sebab aku nak join contest
1st Giveaway by Kerm's Craft
hadiah dia cute wei!
plushie
kan before ni aku ada cakap aku suka plushie
kali ni kalau dapat hadiah ni,
boleh bagi sicoklathati 1
Hadiah 1 Year Anniversarry
so
harap-harap dapat la ek!
Amin

http://www.cute-smiley.com


nota si kecik:

wish me luck ek! :)

Monday, August 9, 2010

Rocky Chocolate.

walawei..
aku bohsan tahap dewa ular dah ni!
berbelit-belit dgn blogwalking je.
sicoklathati seronok jumpa kawan-kawan dia lepas konvo.
aku kat sini je makan hati tak dapat tengok.
huhuhuhuhu
T___________T

rasa mengantoks pun ada gak nie,
sebab cuaca mendung je.

Rocky Chocolate pun dah habis!
kalau tak boleh mengunyah-ngunyah.
pagi tadi on the way datang ke kedai,
habis makan dalam kereta je.
sikit gila kot sekarang!
dulu banyak la jugak.
barang makin mahal la kot.
sedangkan kerepok BINBIN pun dah jadi secoet!



syok wei layan makan Rocky neh!
gigit-gigit dah habis.
aku siap bagi mama aku g.
mama cakap pe;
"macam bunga api je"
hahahahahaha
Rocky kan halus pastu panjang.
dia ada coklat kat atas je, bawah tue tak ada.

waaaaaaaaaaa
:'(
mau Rocky lagi.
tolong belikan boleh? :P


nota si kecik:

majlis konvo sicoklathati
dah selesai!
cepat-cepat la bg gamba ek.
excited nak tengok! :)

Sunday, August 8, 2010

Anniversarry Contest by MaslinaMansor.

Selamat Petang semua,
bulan ni aku rerajin nak join contest plak.
Almaklumlah bulan ni kan banyak hari istimewa.
9.08.2010~Graduation sicoklathati
11.08.2010~Puasa and 1 Year Anniversarry aku and sicoklathati
27.08.2010~birthday my beloved dad.
tadi tengah blogwalking jumpa contest yang syok nie.


Anniversarry Contest by MaslinaMansor.
tarikh anniversarry Kak Maslina nie esok taw!
sama plak dengan graduation day sicoklathati.
so patut la aku join kan?
lagipun dia punya bulan istimewa bersama insan tersayang pun bulan Ogos.
sama dengan aku dan sicoklathati.
lagi-lagi bertambah excited aku nak join.
if dapat hadiah tue memang hadiah anniversarry kitaowg la nanti.
Amin.

Okay, contest ni kena letak gamba bersama insan tersayang.
ni gamba aku bersama sicoklathati bulan 5 lepas.
last date kitaowg.
huhuhuhu :(
cinta jarak jauh biasa la kan!
aku pasrah.
walaupun jauh tapi dekat di hati.
siapa cakap cinta jarak jauh nie tak happy?
tak bahagia?
okay je setakat ni taw.
semuanya depends pada orang tue.
kalau dekat selalu jumpa pun asyik gaduh buat apa kan?
yang penting hati.
ikhlas :)
kami dah berkawan dah nak dekat 5 tahun
tapi couple bulan 8 tahun lepas.
aku pun tak sangka kami akan couple.
dah namanya jodoh tak kemana walaupun lost contact kejap!
Sekarang ni dah hampir setahun percintaan kami.
selama setahun cinta jarak jauh,
aku dah dia tak pernah merungut apa-apa
walaupun susah nak jumpa sebab
dalam hati ni Allah tahu kami hanya cintakan satu sama lain.
susah jugak nak jumpa lelaki yang sabar macam ni,
Alhamdulillah Syafiq okay. :)
keserasian kerana banyak persamaan di antara kami buat kami lebih jatuh cinta!
tak kiralah dari segi apa pun,
mesti sama!
benda apapun kalau sowang da yang sowng g mesti ada gak.
makanan.
warna kesukaan.
pakaian.
perasaan semasa.
bila dia sedih aku juga akan mengalami keadaan yang sedih.
sedangkan bila masa dia akan sampai umah pun aku taw.
memang selalu tepat la.
dia pun siap cakap.
aku ni da ilmu ka apa?
kelakar kan?
sumpah terasa macam kembar plak.
ehehehe
^.^
bersyukur sangat pada Allah sebab pertemukan aku dengan
Muhammad Syafiq Bin Arshad.
hadiah yang aku pernah bagi pada Syafiq,


first present; baju t-shirt color merah since dia minat merah.
bagi time bulan puasa tahun lepas. :)

nie aku bagi uncang letak digimon yang dia hadiahkan utk aku
berserta sarung bantal! dua-dua dah lama nak ada digimon sendiri.
digimon kami MINI and MOMO! ehehe :)

bulan lepas birthday dia,
tapi tak ada gamba nak tunjuk.
aku bagi wallet, card and sapu tangan.
^.^

untuk anniversarry 1 tahun nie,
tak boleh gtaw lagi coz harinya belum tiba.
kihkihkihkih ^.*

ayat paling jiwang yang pernah aku gtaw Syafiq.

"Abg, you are not alone sebab Syg selalu ada dengan Abg! Syg bukan hanya kawan tetapi teman, kekasih dan juga bakal teman hidup Abg. Sempurnakanlah hidup Syg selamanya."

i wish i could always be ur side.
make u smile, make u happy, make u not alone, wipe ur tears when u crying,
anything i will do my best for u! only for u my sicoklathati.
we are far away but it doesnt means u really far from me, coz u always in my heart!
bersabar okay! semoga apa yang kita impikan akan jadi kenyataan. i mi...ss u so damn much! i love u more than u know! hope abg pun sama : )


3 hadiah yang aku nak cadangkan untuk Kak Maslina
bagi kat hubby dia ialah;
1. jam tangan yang sama pattern untuk 2 orang. 1 untuk Akak, 1 untuk suami!
so bila tengok jam akan sentiasa teringat antara satu sama lain.
macam kami
^.^

2. hadiah yang kedua nie bunyi macam mengarut sikit kot,
tapi kalau dah kahwin suami mana tak mau anak kan?
anak tue kan pengikat kasih sayang.
so lahirkan lagi baby yang sihat untuk hubby Kak Maslina ek :)

3.kalau setakat nak bagi benda-benda biasa macam t-shirt, seluar or
seangkatan dengannya dah common sgt!
why not Kak Maslina bagi benda yang akak buat sendiri.
contoh cake, canddle light dinner ka.

tapi selalunya lelaki tak kisah hadiah apa pun.
asalkan kita ikhlas
lelaki bukan materialistik macam perempuan.
insyaALLAH bagi apa-apapun okay
walaupun sekadar senyuman :)

huh.. dah penat jawab contest nie?
agak-agak jiwang tak?
okay tak suami Kak Maslina?
ehehehehe

lastly. Faaza doakan Akak dgn Abg kekal ke akhir hayat.
bukan sahaja di dunia tapi di akhirat. :)

nota si kecik:

panjang gila entry aku utk contest nie!
tak menang tak tahu la.
dengan penuh perasaan sampai
berpeluh-peluh nie :)

Paradise YSL Baby Doll.

happynya!
^_____________^
setelah sekian lama aku cari YSL Baby Doll,
akhirnya jumpa gak!
before nie bukan main susah nak cari taw.
yang One Drop Perfume ada tapi bau dia serius tak sama.
sekarang dah jumpa yang Paradise suka sangat! :)
pagi tadi aku bangun awal coz nak g town dulu kejap.
nak settlekan benda istimewa sikit!
apa dia yang istimewa tue?
rahsia ek, tunggu la 11.08.2010 nanti!
^.^
time sampai kedai tue,
aku nampak One Drop Perfume je,
try la test YSL Baby Doll kot-kot bau dia dah berubah ka,
lagipun masa aku beli dgn sicoklathati bulan 4 kan.
mana taw time tue dia lain skg lain ka.
tapi hampeh tak sama YSL Baby Doll lansung!
aku dah kecewa dah.
fikir-fikir nak try Miracle Lancome la,
mana taw best and bau sama macam yang Sir Syzry bagi kan?
kalau dah jodoh tue tak kemana kan?
tiba-tiba nampak Paradise.


dalam hati berbunga-bunga!
harap-harap la ada YSL Baby Doll,
sebab aku tengok banyak yang dah habis.
rezeki aku agaknya
ada lagi 1.
Alhamdulillah :)
so dapat gak la pakai perfume kesukaan aku.
before ni kan Miracle Lancome aku tumpah, :(
means jodoh aku memang dengan YSL Baby Doll la kan?
akhirnya jumpa gak.
^.^

nota si kecik:

mesti sicoklathati happy nie!
so now aku boleh cium bau aku sendiri ♥

Saturday, August 7, 2010

pengemar, penjual dan khasiat petai

walaweiii..
lain macam je tajuk post aku kali ni ek?
ala-ala bidan kampung plak. ngggeeee :P
sesaje je sebenarnya nak kongsi tips and pengetahuan
dengan orang yang sealiran dengan aku!
sealiran maksud aku darah yang sama.
eeeee, ngeri la plak cakap mcm tue. @_@
nak berkongsi dengan pemakan tegar petai macam aku nie.
miahahahaha.
tegar ka aku ni?
ada la. anak ayah kan! ehehehe :)

first aku nak kongsi tips macam mana nak bagi petai tue cepat masak.
selalu orang akan celur atau rebus kan?
buat susah-susah je atuk nenek sekalian ek!
meh aku gtaw cara yang berkesan dan mejimatkan tenaga buruh kowang yang malas tue:P
tapi sebelum tue kowang kena dengar cerita aku dulu,
so kowang akan taw cara berkesan tue!
hehehehehehe
gelak jahat! ^.^
pagi tadi before aku datang kedai,
aku dah siap tapau nasi dari rumah untuk lunch aku.
macam biasa letak nasi dalam bekas yang kedap udara tue.
tetiba aku tengok petai,
elok gak bawak g kedai ni.
lagipun nie fresh amek dari poko kat kampung semalam.
hijau and bersih je.

(lebih kurang macam ni la tapi hijau muda sikit)

so untuk memudahkan sesi pemakanan aku lunch nanti,
aku siap kopek dengan pisau dulu kat umah.
lepas tue aku masukkan dalam bekas nasi yang tengah panas g.
time tue pukul 10 pagi!
tadi pukul 1.45 tengah hari aku buka bekas nasi,
tengok-tengok yang fresh and hijau liplap2 tue bertukar jadi mcm nie

(aku punyer tadi color gelap lagi dari nie, ehehe)

Alangkah terkejutnya beta,
macam kena rebus je.
so masak la petai aku.
ehehehehe
moral of the story;
kalau nak jimatkan tenga buruh kowang,
buat macam aku nie.
boleh jimatkan air dan elektrik gitu.
miahahahaahaha
^.^
nak letak banyak-banyak pun boleh.
lepas kowang masak nasi kowang letakkan petai tue
dalam bekas atau raga yang ada lubang-lubang,
dan pastikan lapik pinggan kat bawah nanti menitik air petai kat nasi
tak best plak! lain la kowang ni suka air petai!
agagagagagaaga
^________^

apa macam?
bernas tak idea siot aku neh?
sila ikut yea :P

second, jom aku kongsi khasiat petai plak!
ramai yang orang tak taw kan?
bila cakap petai mesti kutuk.
heyyy, kowang kena taw petai tue awet muda gak taw!
ni aku amek kat

nogold.com


Anda semua pasti mengenal bahawa petai sebagai buah yang membuat bau mulut dan bau kentut sangat tidak sedap. Tapi mungkin banyak diantara anda tidak mengetahui bahwa petai mengandungi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang dikombinasikan dengan serat.Kombinasi kandungan ini mampu memberikan tenaga yang segera, namun cukup lama dan cukup besar efeknya. Kajian membuktikan dua bahagian petai mampu memberikan tenaga yang cukup untuk melakukan aktiviti berat selama 90 minit. Selain itu dapat juga membantu dalam penyembuhan penyakit-penyakit berikut.

1. Depresi
Menurut survey yang dilakukan oleh MIND diantara pesakit depresi, ramai orang merasa lebih baik setelah makan petai. Hal ini terjadi kerana petai mengandung tryptophan, sejenis protein yang diubah tubuh menjadi serotonin. Inilah yang akan membuat relax, memperbaiki mood dan secara umum membuat seseorang lebih bahagia.
*sesuai la kot yang ada migrain macam aku neh!

2. PMS (premenstrual syndrome)
Jika mengalami PMS, anda tidak perlu makan pil, cukup dengan makan petai. Vitamin B6 yang terdapat dalam petai mengimbangi kadar gula darah, yang dapat membantu mood.
*mood? hmm, kekadang cepat sedih, sesuai :)

3. Anemia
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai dapat menstimulasi produksi sel darah merah dan membantu apabila terjadi anemia.
*ohh...tak termasuk dalam golongan nie, muda lagi!

4. Tekanan darah tinggi
Petai mengandungi tinggi kalium, tetapi rendah garam, sehingga sangat sempurna untuk menjauhi tekanan darah.
*aku darah rendah so macam mana tue?

5. Kemampuan otak
200 siswa di Twickenham (Middlesex) dapat menjawab ujian dengan mudah kerana memakan petai ketika sarapan, istirehat, dan makan siang. Kajian telah membuktikan bahawa buah dengan kandungan kalium tinggi dapat membantu belajar dengan membantu siswa semakin berhati-hati.
*silap tak amalkan time study dulu.ehehe :)

6. Sembelit
Kerana kandungan serat yang tinggi, maka petai akan membaiki sistem pencernaan.
*sesuai bangat dgn aku.

7. Ubat mabuk
Salah satu cara paling cepat untuk menyembuhkan “penyakit” mabuk adalah milkshake petai, yang ditambah dengan madu. Petai akan membantu menenangkan perut dan dengan bantuan madu akan meningkatkan kadar gula darah yang jatuh, sedangkan susu akan menenangkan dan kembali memperbaiki kadar cairan dalam tubuh.
*kalau mabuk petai macam mana?huahauahua:P

8. Kekenyangan
Petai mengandungi efek antasid pada tubuh, sehingga bila dada anda terasa panas akibat kebanyakan makan, cubalah makan petai untuk mengurangkan sakitnya.
*sape nak diet sila amalkan. aku tak perlu diet2 nie ! :)

9. Mual di pagi hari
Makan petai diantara jam makan akan menolong mempertahankan kadar gula dan menghindari muntah.
*nanti pregnant sila amalkan ek. ahahahaha^.*

10. Gigitan nyamuk
Sebelum anda mencapai krim gigitan nyamuk, cuba untuk menggosok kawasan yang terkena gigitan dengan bahagian dalam kulit petai. Ramai orang dapat mengatasi rasa gatal dan bengkak dengan cara ini.
*patut makan byk2 nie, nyamuk suka gigit muka aku!


11. Untuk saraf
Petai mengandung vitamin V dalam jumlah besar, sehingga dapat membantu menenangkan sistem saraf.
*saraf?macam mana neh?

12. Kegemukan
Penelitian di Institute of Psychology Austria menemukan bahawa tekanan ketika kerja menyebabkan orang sering mencapai makanan yang menenangkan seperti coklat dan keropok. Dengan melihat kepada 5.000 pesakit di hospital, penyelidik menemukan bahawa kebanyakan orang menjadi gemuk kerana tekanan kerja yang tinggi. Laporan menyimpulkan bahawa, untuk menghindari nafsu makan kerana panik, kita perlu mengendalikan kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan tinggi karbohidrat setiap dua jam untuk mempertahankan kadar yang tetap.
*tengok, tak perlu nak beli jamu2 semua.

13. ulsers
Petai digunakan sebagai makanan untuk merawat pencernaan kerana texturnya yang lembut dan halus. Petai mampu menetralkan ulsers dan mengurangkan kegatalan dengan melapisi permukaan dalam ulser.
*sama lagi mcm sembelit!

14. Mengatur suhu tubuh
Banyak budaya lain yang menganggap petai sebagai buah ‘dingin’ yang mampu menurunkan suhu tubuh dan emosi ibu yang menanti kelahiran anaknya. Di Belanda misalnya, ibu hamil akan makan petai untuk meyakinkan agar si bayi lahir dengan suhu tidak tinggi.
*oh..lambat g nak pregant! ehehe

15. Seasonal Affective Disorder (SAD) (jiwa kacau)
Petai dapat membantu penderita SAD kerana mengandungi tryptophan.
*ohhhooiii. macam terkena plak. kacau pun bersebab ek!

16. Merokok
Petai dapat menolong orang yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6 dan B12 yang dikandungnya, bersama dengan kalium dan magnesium, membantu tubuh agar cepat sembuh dari efek penghentian nikotin
*silalah perokok tegar berubah ke petai tegar :P

17. Stress
Kalium adalah mineral penting, yang membantu untuk menormalkan degup jantung, menghantar oksigen ke otak dan mengatur keseimbangan cairan tubuh. Ketika kita stress, metabolisme kita akan meningkat, sehingga akan mengurangi kadar kalium dalam tubuh. Hal ini dapat diseimbangkan lagi dengan bantuan makan petai yang tinggi kalium.
*bagos kan? aku pun kekadang stress!

18. Stroke
Menurut kajian dalam “The New England Journal of Medicine,” makan petai sebagai bahagian dari makanan sehari-hari akan menurunkan risiko kematian kerana stroke sampai 40%
*berhati-hati dgn makan petai pada usia muda harap tak kena!


nota si kecik:
silalah berubah ek! petai untuk semua :)

kampung yang menenangkan.

ada sesape yang tak ada kampung?
kalau tak ada jom kita merasai suasana kampung dengan aku!
^________^
2 hari lepas aku ada cakap nak balik kampung kan?
tetapi malangya tak jadi balik hari Khamis
sebab ayah aku ada kerja
so kitaowg balik semalam means tak tido kat kampung la.
tapi apa yang aku nak semua dapat.
at least dapat gak tenangkan hati yang sakit nie :)
sampai kat kampung borak-borak jap dengan Mak Aji dan Cik Nah.
pastu acara masak-memasak kat dapur.
aku belajar buat kerabu pucuk paku dengan Cik Nah.
sedap wei. tak sangka senang je nak buat!
lepas habis Solat Jumaat kitaowg makan reramai.

menunya:
Sup Tulang,
Kerabu Pucuk Paku,
Ikan goreng,
Ulam-ulaman,
jus limau+pisang.

nampak macam biasa je kan? tapi bila makan reramai best sangat-sangat
dengan keadaan kampung yang tenang!

petangnya pulak sesi panjat memanjat.
semua macam nak jadi benda yang panjat-panjat pokok tue.
faham-faham la ek :P
kitaowg g kebun arwah Ayah Aji,
amek buah manggis, duku, rambutan dan dokong!
sedihnya durian tak menjadi tahun nie =.=
reramai ni best and meriah je.
Ayah Da dan Cik Dah sekeluarga pun join.
Adik aku Zauda lagi tak boleh bla, panjat pokok maggis bukan main bersemangat lagi.
mentang-mentang dia suka.
aku pun panjat gak! ehehe
^.^
tapi kejap je la.
lepas tue g tolong Cik Nah dan Cik Dah amek rambutan.
Cik Dah siap letak rambutan dalam kain batik dia lagi.
ehehehe
banyak sangat kot sampai tak muat bakul!
penat wei,
panjat sana sini, naik turun bukit.
tapi best tak terhingga.
so untuk hilangkan penat nie,
aku g main air sungai dengan sepupu sepapatku.
dowang semua kecik-kecik lagi,
baru sekolah rendah.
aku ni yang besar ajar dowang main air sungai.
hahahahaha
^___^
jahat tak?
dowang mula-mula takut,
tapi lepas aku turun rendam kaki dalam sungai dowang ikut sekali.
yang lagi seronok aku usik dowang dengan lintah and pacat. :P


nie gamba aku amek kat google,
tapi serius sungai kat kebun lebih kurang macam ni!

haih.. penat and gembira bercampur-campur,
tapi dalam hati tak ada siapa yang tahu.
fikiran aku masih teringat sicoklathati.
huhuhuhuhu. :(
aku kan cakap nak tenangkan fikiran,
so aku lari jap dari dowang semua g sungai tempat aku mandi time kecik.
duduk atas batu dan rendam kaki dalam sungai,
baling-baling batu and berjiwang kejap!
dasat aku kan?
ehehehehehe
relax la, macam ni baru boleh tenangkan fikiran.
serius rasa relax gila-gila!
rasa macam nak terjun mandi ja. ehehehe :)

owh, hari pun dah lewat petang,
kitaowg pergi minum air umah Ayah Da sebelum balik.
bayangkanlah penuh dalam bonet kereta ayah dengan buah.
nak tutup pun tak boleh.

huh! best! best!
apa macam, ada feel kampung tak?
if kowang nak aku boleh bawak kowang g kampung aku.
boleh mandi sungai sesama
^.^

nota si kecik:

akhirnya hati ini tenang seperti biasa.
sabar itu bagus!

Dini's 4th Giveaway.

Okay,
sesi join contest bermula!
aku dah lama tak join contest so tetiba rasa nak join je.
mengisi waktu lapang juga. :)
contest ni ditag oleh MokNa!
MokNa g kan?
asyik-asyik MokNa.
redha la coz dia nie kan kawan aku so haruslah aku ditagkan!
tq MokNa.
tak taw la dapat ka tak hadiahnya,
lagipun MokNa ni selalu gak menang lau join Contest yang Dini buat!
haih!
"tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan?'
harap-harap ada la! Amin.

tiba masanya aku nak tag plak!
3 owang kan?
kalau lebih boleh tak?
ehehehe :P
1.Ishiko Station aka Junior aku
2. Aku Fyna
3. Razuha aka kwn dari kecik

3 orang dah cukup kan? tapi aku rasa mcm nak lebih je!
miahahaha.
aku tag semua yang follow blog aku,
so nanti sila bagi refferal nama blog aku ek :P
kepada yang kena tag tue harap sangat kowang join ek dan juga pada sesiapa yang baca ni and sudi-sudilah join Dini's 4th Giveaway!


nota si kecik:

harap ada la rezeki!
syarat dia pun tak susah lansgung! :)


chatbox :)

selamat pagi nak masuk tengah hari semua!
susah ka kalau tak ada chatbox kat blog?
hmmm,
maybe la kot bagi yang ada ramai peminat and follower kot.
aku ni apa yang ada?
setakat sesi meluahkan perasaan and cerita pasal life aku je.
dedulu ada la buat chatbox but oleh kerana tak mendapat sambutan aku dah delete =.=
tapi sekarang sila besarkan mata kowang sebulat-bulatnya
kat blog aku ni ek!
dah ada chatbox dah pun,

okay tak?
aku buat chatbox nie atas permintaan MokNa ^.^

huh.. kecoh kan?
mcm la tak boleh nak sms aku ke, fb pun ada.
nak jugak chatbox!
tak pe! tak pe!
aku sayang MokNa so aku buat la.
"jange geli plop Mc' Na" :P

so dah ada chatbox nie sila la rajin-rajin tinggal jejak kowang ek.
tak kisah la jejak kaki ka, tangan ka,
janji jangan kowang buang taik dah laa!

*semogo ikatan ukhuwah kita akan lebih erat dengan adanya chatbox ni^.^*

nota si kecik:

nak join contest MokNa tag!
nanti aku poskan nanti ek :)

Thursday, August 5, 2010

balik kampung.

petang ni tutup kedai awal sebab aku sekeluarga nak balik kampung!
hhooooorraaay.
dah lama tak balik jumpa Mak Aji and Cik Nah.
kalau masa keanak-anakkan dulu suka balik kampung,
ye la dapat pau ice-cream, gula-gula and kerepok kat kedai Mak Aji. ehehe :)
tapi dah besau nie pun pau jugak!
miahahahaha, jahat tak aku?
huisshh, tak ade la. dah besar tunggu Mak Aji cakap..
nak ice-cream pergi amek!
Cik Nah pun sama,
kalau petang-petang tue dia cakap la, nak makan apa amek je.
best kan ada nenek yang ada kedai runcit ni!
kowang jangan jeles ek. :P
bila balik kampung mesti rasa tenang je.
dengan udaranya nyaman.
tido malam tak pasang kipas pun sejuk tahap Artatika taw.

teringat zaman keanak-anakkan dulu,
balik kampung mesti masuk kebun Arwah Ayah Aji
Al-fatihah.
masuk kebun amek buah rambutan, langsat, duku, dokong, durian, maggis, setul, etc
nak sebut sini banyak sangat.
selain tue mandi sungai... best gila wei!
aku adik beradik memang gila mandi sungai kat kampung.
sejuk!
tak ada orang nak kacau since tue Arwah Atuk punya. :)
kekadang rajin gak tolong Arwah Ayah Aji bagi makan ikan dan cuci kolam ikan talapia.
time nak keringkan air bermandi lumpur la kami.
ehehehehe
mandi lumpur pun syok sebab lepas tue dapat banyak ikan talapia.
balik umah suruh mama dan Cik Nah goreng.
yuummmmyy.
aku memang la tak makan ikan darat but talapia aku rembat taw.
kihkihkihkih.

sekarang dah besar,
suasana pun dah lain.
dulu balik kampung seronok gak sebab ada macam-macam,
sepupu sepapat pun rajin balik.
bila dah besar, masing-masing ada life sendiri mestilah susah.
kebun pun dah agak terbiar sejak Arwah Ayah Aji meninggal.
sungai pun kami adik-beradik dah lama tak masuk.
windunya zaman dulu-dulu.

waktu kecik tak ada nak fikir masalah-masalah yang berat mcm ni,
masalah yang berkaitan perasaan mcm ni kan?
masa kecik taw nak main je!
harap-harap balik kampung nanti aku boleh tenangkan fikiran aku.

kalau ada kampung macam ni pun best


boleh duduk atas jambatan, hirup udara nyaman untuk tenangkan fikiran!


p/s:“Hai orang beriman. Berlaku sabarlah. Sabarkan dan perteguhkan kekuatanmu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh kebahagiaan.” (Surah ali-Imran, ayat 200)


nota si kecik:
tak ada selera nak makan.
baru je lunch skg dgn cempedak goreng je 2-3 biji! :(


Wednesday, August 4, 2010

jakun photoscape!

hari ini tak ada customer yang datang,
huhuhuhuhu
T_____T
so oleh kerana aku kebohsanan aku edit la segala benda yang aku nak.
tapi malangnya aku punya Adobe Photoshop dah hilang.
selalu aku guna software nie je,
aku kan baru format laptop so dah hilang! :(
oleh sebab tue aku tanya kengkawan kat fb kot ada yang taw software pe yang bagos!
Mokcik Mc'Na aka pemilik blog Ini Ceritera Dak Eina
merangkap kawan aku di SMPTC, dia yang tolong aku!
dia cakap guna je photoscape,

so aku dengan sepantas kilat download software photoscape.
fuh! nasib baik ada yang free. :P
nak download photoshop aku jumpa yang trial je,
siap kena daftar mcm-mcm.
mujur ada MokNa. miahahaha :P
thanks MokNa.
jasamu disebut-sebut!
^.^
lepas sila faham jika aku selalu tukar gambar kat facebook
atau menempek lebih banyak gamba kat blog neh ek.
aku ni memang jenis yang suka bab2 mengedit gamba and design2 benda nie.
rindu plak nak melukis!
^.^


nota si kecik:
Alhamdulillah.
oh, mana sicoklathati ek?
takda nampak msg dia pun kat hfon aku hari ni??


Acer beTouch E120.

pagi tadi aku ada baca Harian Metro,
fuh tak sangka jumpa benda yang gempak nie.
Acer sekarang ada mengeluarkan telefon bimbit terbaru serta menawarkan sistem Andriod.
canggih tak?
tapi aku tak ada la nak yang Andriod tue!
biasa-biasa sudah macam yang pernah aku gtaw sebelum ni,
handfon aku dah bengong so nak handfon baru.
hari tue aku ada simpan duit,
but duit tue aku terpaksa guna buat benda lain yang lebih penting.
so tak dapat la nak pakai handfon yang ada 3G untuk raya nanti!
*tak dapat 3G dgn sicoklathati raya nanti :(
sabar je la ek!
ada rezeki nanti dapat la pakai handfon baru, insyaAllah.

okay, pasal Acer ada keluarkan handfon baru nie.
aku tengok-tengok dalam paper tadi ada 4 jenis.
tiga daripada tue harga semua lebih RM 1K,
haruslah RM 1K coz dia andriod and canggih manggih gila!
yang aku suka nie andriod biasa je, beTouch E120.
dia ada 2 color,
hitam and putih!



dua-dua cantik kan?
simple and ada benda yang aku nak!
if nak taw lebih lanjut lagi sila ke Harian Metro.


nota si kecik:
bila agaknya nak ada handfon baru yang ada ciri2 idaman hati.
huhuhuhu!