Saturday, October 1, 2011

Hello October : D


~Salam Semua~

fuuuuuhhhhhhhhhhh~

Habuk, asap, sampah, sesawang segala pak cik nenek dah bersepah kat sini. Dah nak masuk 2 bulan tinggal blog ni taw. Seyes aku biarkan blog ni tersadai macam tue, bukan setakat tinggal tapi memang lansung tak bukak. Nak g usha blog kowang-kowang semua pun tak sempat.

wuwuwuwu : (

Pada sesape yang usha blog aku ni walaupun tak berupdate, arigatos aku ucapkan!

Errrrr, tetiba tak taw macam mana nak bercerita. Aku buat summary je la ek tentang hidup aku sekarang. ok? :D

But first things first, aku rasa sangat seronok sebab bulan ni bulan October! Bila datang October mesti aku excited! :P




HiDuP

Sumpah busy gila dork! Hidup keje, keje dan keje! Nak merayap tue jarang sesangat. Balik keje dah malam, penat! Nak bukak lappy pun tak de kudrat. Kalau buka, online fb kejap pastu tertido depan lappy macam tue je. So kepada kekawan yang tegur kat chat tue lau aku tak balas, mintak maap banyak2 sebab fb tue je online puan dia dah tido nyenyak sebenarnya. :(
Hari sabtu pun keje. Ahad keje gak. Keje tido sampai ke petang! =.=

Sejak keje ni, dah rasa lain macam. Rasa lebih bertanggungjawab dan berdikari. Mana boleh suka-suka hati nak ponteng macam ponteng kelas. Demam teruk pun still datang keje sebab rasa bertanggungjawab. : )

Selain tue, dah tak payah susahkan mama dengan ayah. Kalau dulu habiskan duit mereka, sekarang mama dan ayah dah senang sikit sebab anak dia dah pandai cari duit sendiri. Terasa sangat nikmat dia bila tiap-tiap bulan boleh bagi hasil titik peluh kita walaupun sikit. ^.^

Yang sedikit malangnya, badan selalu sakit-sakit. Terutamanya kepala, migrain je memanjang. Kekadang tue, badan rasa sangat lemah sampai nak berdiri lelama rasa nak pitam!
@.@


KerJa

So far ok la walaupun kadang-kadang rasa keje tue macam buat larian 1000km/j sebab kena kejar target! wakakakaka :P
Yang penting nikmat bila dah lepas target sangatsangat syyooookkk!

Kawan-kawan kat tempat keje semua 1 kepala. Bila senang sama-sama, bila susah lagi la nak bersama-sama. Sumpah aku sangat selesa kawan dengan diaowang semua!

Thanks;

Iuolls

Amy, Kaedah, Pian, Hadi, Kak Eda, Kak Ema, Naila, Zaty, Malcom and Syawal
(ni semua budak2 yang 1 batch dengan aku, kalau nak sebut semua kawan kat tempat keje memang ramai gila dork la)


PerSoNaL

Cinta?

So complicated!

Aku pun tak taw apa status aku sekarang. Dah nak masuk setahun tak jumpa pastu ribut petir segala bagai yang menghalang kami. :'(

Doa. Istikarah. Semua dah.
Sekarang? Biar takdir yang tentukan. Aku pasrah!

Ok. fullstop!

InsyaAllah kalau ada masa aku update lagi.
Walaupun terlambat aku still nak ucap;
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. :S



p/s: i wish miracle happen on my birthday!