Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan, 8 tahun di perantauan.

Alhamdulillah
hari ini semua umat Islam dah start berpuasa!
sama macam aku,
tapi adakan yang tak puasa?
yang memang diharuskan tue tak kisah la
tapi kalau sengaja kowang jawab la sendiri dengan Allah!
okay,
sekarang aku nak cerita pengalaman puasa aku.
dari form 1 sampai la dah habis diploma sekarang
nie baru pertama kali aku dapat puasa kat rumah dengan jayanya.
before ni asyik makan gulai kawah Dewan Makan Hostel je!
selama 8 tahun wei.

start dari form 1 hingga form 3
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja, Lemal.
kat sana still budak-budak g.
ye la umur pun baru 13 tahun
apa yang tahu sangat.
hingusan lagi.
kalau aku tak tahan sangat makan lauk Dewan Makan
aku call Mama
suruh Mama datang bawak
nasi kerabu
taufu fa
nasi minyak
oh, mesti kowang pelik kenapa Mama aku boleh bagi aku makanan ni semua
actually hostel tue tak ada la jauh.
kalau naik kereta tak sampai 5 minit dah sampai.
miahahahaha :D
oleh kerana setiap petang Mama akan pergi kutip hutang lapuk
kat roundbout Lemal so aku kirim la kat Mama apa-apa.
ehehehe
jahat aku kan?
tak jahat mana pun coz budak lagi kan!

form 4 hingga form 5
Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa


dah masuk form 4 sekolah dah jauh dari rumah,
so tak ada la Mama nak tolong hantarkan makanan lagi.
nak tak nak makan je apa yang ada kat Dewan Makan tue.
ikan goreng baling dinding tak hancur-hancur,
ikan nyok-nyok bergetah,
sayur air terlebih air,
haih macam-macam
sampaikan lebih rela buka puasa dengan maggi.
tapi tue bukan aku la kawan sebilik aku.
ehehehe
^________^
warden nasib baik sport shoesing gak
boleh la kirim apa-apa kat budak yang tak duduk hostel
belikan makanan and kitaowg pun boleh keluar petang.
tapi tak lama coz
kat Dewan Makan tak ada org nak makan
bila lauk tak sedap
coz ramai yang beli kat luar.
miahahahaha
kesian makcik-makcik yang masak!
alih-alih perintah berkurung dilaksanakan.
warden dah jadi askar jepun tak bagi kami keluar
nasib baik ada kawan yang duduk luar tolong belikan,
kalau tak mau mati kering kami.
tapi kesian la dekat kawan tue
coz sekali kirim buka sebungkus dua
tapi dekat 1 dorm.
ehehehehe.
yang femes time tue Nasi Kukus Haikal.
marvelous la wei!

Diploma~semester 1 hingga 5.
Kolej Profesional Mara Bandar Melaka.
time ni lagi seronok.
dah remajakan so dah pandai berdiri di atas kaki sendiri!
apa-apa nak beli je kat luar.
tapi yang paling aku tak boleh lupa,
masa semester 1 kami sahur siap masak-masak g dalam bilik.
oh, rindunya nak makan sardin special yang Zana buat!
walaupun dah besar,
dah boleh keluar sesuka hati
tapi of coz la hidangan kat umah still number 1 kan?

so sekarang ni aku dah dapat peluang tue
takkan ku sia-siakan walau sedikit pun!
nak makan segala benda yang aku nak time 8 tahun lepas.
ayam golek
jala emas
agar-agar tembikai
air soya cincau buatan rumah
eh kalau nak sebut tak habis,
tunggu je la.
ehehehehe

yang penting aku happy sangat puasa kali nie
sebab dah boleh puasa kat rumah
and first day puasa adalah hari bersejarah aku!

nota si kecik:

tak selesa
first day puasa dah selesama teruk.

4 comments:

ishiko said...

ohhoo..windunye akak2 seniorku yg seporting neh..ahahaaa... ikan nyok-nyok bergetah ye....mnyapah aku.. kucen pn xhenegn na mkn adeyhh.. nasib umi salo dtg..ngee...
yyyeeahhh... nasi kukus haiqal mmg heaven n mabeles!!

fmunyraz said...

hahahaaha.
windu adek2 jr gak!
best kan duk ostle dlu?
nk nasi kukus haikal g la. ire belanja ek :)

hamzah ian said...

selamat pose oekh!!!!!

fmunyraz said...

hamzah lan: selamat pose n jgn tinggal taw. ehehe :)