Saturday, August 7, 2010

kampung yang menenangkan.

ada sesape yang tak ada kampung?
kalau tak ada jom kita merasai suasana kampung dengan aku!
^________^
2 hari lepas aku ada cakap nak balik kampung kan?
tetapi malangya tak jadi balik hari Khamis
sebab ayah aku ada kerja
so kitaowg balik semalam means tak tido kat kampung la.
tapi apa yang aku nak semua dapat.
at least dapat gak tenangkan hati yang sakit nie :)
sampai kat kampung borak-borak jap dengan Mak Aji dan Cik Nah.
pastu acara masak-memasak kat dapur.
aku belajar buat kerabu pucuk paku dengan Cik Nah.
sedap wei. tak sangka senang je nak buat!
lepas habis Solat Jumaat kitaowg makan reramai.

menunya:
Sup Tulang,
Kerabu Pucuk Paku,
Ikan goreng,
Ulam-ulaman,
jus limau+pisang.

nampak macam biasa je kan? tapi bila makan reramai best sangat-sangat
dengan keadaan kampung yang tenang!

petangnya pulak sesi panjat memanjat.
semua macam nak jadi benda yang panjat-panjat pokok tue.
faham-faham la ek :P
kitaowg g kebun arwah Ayah Aji,
amek buah manggis, duku, rambutan dan dokong!
sedihnya durian tak menjadi tahun nie =.=
reramai ni best and meriah je.
Ayah Da dan Cik Dah sekeluarga pun join.
Adik aku Zauda lagi tak boleh bla, panjat pokok maggis bukan main bersemangat lagi.
mentang-mentang dia suka.
aku pun panjat gak! ehehe
^.^
tapi kejap je la.
lepas tue g tolong Cik Nah dan Cik Dah amek rambutan.
Cik Dah siap letak rambutan dalam kain batik dia lagi.
ehehehe
banyak sangat kot sampai tak muat bakul!
penat wei,
panjat sana sini, naik turun bukit.
tapi best tak terhingga.
so untuk hilangkan penat nie,
aku g main air sungai dengan sepupu sepapatku.
dowang semua kecik-kecik lagi,
baru sekolah rendah.
aku ni yang besar ajar dowang main air sungai.
hahahahaha
^___^
jahat tak?
dowang mula-mula takut,
tapi lepas aku turun rendam kaki dalam sungai dowang ikut sekali.
yang lagi seronok aku usik dowang dengan lintah and pacat. :P


nie gamba aku amek kat google,
tapi serius sungai kat kebun lebih kurang macam ni!

haih.. penat and gembira bercampur-campur,
tapi dalam hati tak ada siapa yang tahu.
fikiran aku masih teringat sicoklathati.
huhuhuhuhu. :(
aku kan cakap nak tenangkan fikiran,
so aku lari jap dari dowang semua g sungai tempat aku mandi time kecik.
duduk atas batu dan rendam kaki dalam sungai,
baling-baling batu and berjiwang kejap!
dasat aku kan?
ehehehehehe
relax la, macam ni baru boleh tenangkan fikiran.
serius rasa relax gila-gila!
rasa macam nak terjun mandi ja. ehehehe :)

owh, hari pun dah lewat petang,
kitaowg pergi minum air umah Ayah Da sebelum balik.
bayangkanlah penuh dalam bonet kereta ayah dengan buah.
nak tutup pun tak boleh.

huh! best! best!
apa macam, ada feel kampung tak?
if kowang nak aku boleh bawak kowang g kampung aku.
boleh mandi sungai sesama
^.^

nota si kecik:

akhirnya hati ini tenang seperti biasa.
sabar itu bagus!

2 comments:

kukuchimachikumi said...

oh..kampung sy adalah di sebelah rumah sajork...

huhu..tp blkng umah sy ad gak sungai..cme x best nk mnd

fmunyraz said...

kukuchimachikumi: huisshh.. susahnya nama. ehehe

lorrhh.. dekatnya.
takpa2, nak mandi meh saya bawakkan:)